Thursday, August 25, 2011

Taktik sorok mercun dalam enjin kereta dikesan UPP



Aug 22, 2011

Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah berjaya mematahkan cubaan menyeludup mercun dan bunga api apabila taktik menyimpan mercun pada bahagian enjin kenderaan dikesan dalam satu operasi awal pagi tadi.

Komander UPP Kedah, Mohd Jasri Othman, berkata dalam Operasi Khas di Kilometer 1.3 Lebuhraya Bukit Kayu Hitam-Changlun, sebuah kereta jenis Proton Waja ditahan ketika melepasi pintu sempadan pada jam 6.15 pagi.Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat sejumlah mercun dan bunga api diletakkan pada bahagian enjin kenderaan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.”Kira-kira 19 minit selepas itu UPP berjaya menahan sebuah lagi kenderaan jenis Toyota Wish di tempat sama yang turut membawa sejumlah mercun dan bunga api yang diseludup masuk dari negara jiran.

“Jumlah keseluruhan rampasan mercun dan bunga api awal pagi tadi bernilai RM209 dan cukai terbabit RM32.80 dan kita juga menahan dua pemandu kenderaan terbabit bagi membatu siasatan,” katanya kepada pemberita di pejabat UPP Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Mohd Jasri berkata, dalam operasi bermula jam 9 pagi hingga 11 malam Ahad, pihaknya menahan tiga buah kenderaan iaitu dua pikap Thailand dan sebuah lagi kenderaan jenis Wira di tempat sama, masing-masing meletakkan mercun dan bunga api di tempat simpan barang.

Beliau berkata, jumlah rampasan mercun dan bunga api itu bernilai RM467 dan cukai terbabit lebih RM200.
“Seorang lelaki Thailand dan seorang lelaki tempatan serta seorang wanita Thailand yang menaiki kenderaan berasingan, turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, sebuah pikap Thailand terbakar pada bahagian enjin dan tempat duduk hadapan di kilometer 7.7 Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Alor Setar pada jam 12.10 tengah hari, Ahad lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zamri Chik berkata, kejadian itu berlaku ketika pikap berkenaan membawa sejumlah mercun dan bunga api yang diletakkan pada bahagian enjin kenderaanya.

Beliau berkata, bunga api dan mercun itu tiba-tiba terbakar disebabkan terlalu panas akibat bahang dari enjin.

Bomba yang bergegas ke tempat kejadian mengambil masa empat minit untuk memadamkan kebakaran itu dari terus merebak ke kenderaan lain.

Pemandu kenderaan itu melarikan diri sejurus kejadian berkenaan berlaku. – BERNAMA

Wednesday, August 24, 2011

Pengeluar Sosej Thailand Dakwa Kerugian Besar



KANGAR – Sebuah syarikat pengeluar sosej Thailand mendakwa mengalami kerugian besar selepas terdapat laporan berhubung penjualan sosej pulut dan kek ayam yang mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi di beberapa bazar Ramadan di Perlis.

Advance Meat Fabtication Co Ltd mendakwa, syarikatnya yang beroperasi di Bangkok, Thailand kerugian kira-kira 5 juta baht (kira-kira RM500,000) dalam tempoh enam hari apabila pelanggannya di negara ini yang terdiri daripada umat Islam memulaukan keluarannya.

Pengurus syarikat itu, Phatnut Chongchaturapat berkata syarikat itu kehilangan pelanggan Islam 100 peratus di negara ini manakala kira-kira 300 pengedar juga tidak dapat menjalankan jualan.

Pada 3 Ogos lalu, sebuah akhbar melaporkan bahawa dua daripada tujuh sampel sosej dan kek ayam yang dikumpul oleh Jabatan Kesihatan Perlis disahkan mengandungi DNA babi manakala Jabatan kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihati umat Islam menghentikan pembelian makanan yang diragui status halalnya.

Chongchaturapat yang berada di sini Isnin untuk bertemu Pengerusi Kelab Usahawan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Dr Amar Hassan berkata syarikatnya yang diasaskan sejak 2002 adalah pengeluar sosej dan kek ayam yang halal.

Beliau turut menunjukkan sijil halal yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pusat Islam Thailand yang berkuatkuasa 14 Mac 2011 sehingga 13 Mac 2012.

Katanya pasaran produk keluaran syarikat itu tidak terjejas di Thailand namun pasaran di Malaysia merudum sama sekali sejak laporan itu disiarkan 3 Ogos lalu walaupun tidak menyebut nama pengeluarnya.

Syarikat yang mempunyai lebih 300 pekerja yang kebanyakannya beragama Islam itu mengeluarkan 14 produk makanan yang disenaraikan sebagai halal termasuk pelbagai jenis sosej dan kek ayam.

Selain itu ada lagi syarikat Thailand yang turut memasarkan produk yang sama di negara ini.

Beliau juga bersedia untuk mengemukakan segala dokuman kepada Jabatan Kesihatan Perlis atau Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) bagi membersihkan namanya sebagai pengeluar produk berkenaan.

Sementara itu, seorang pengedar, Ani Ismail, 30, dari Dannork, Thailand berkata beliau memasarkan produk itu sejak dua tahun lalu namun sejak seminggu lalu, beliau telah kehilangan kesemua pelanggannya.

Begitu juga dengan pengedar di Pekan Siam, Ustaz Jara Khan Mohamed yang mendakwa kerugian apabila produk yang dipasarkan di Malaysia tidak lagi diterima umat Islam. – BERNAMA

Wednesday, August 3, 2011

Meet uncle hussin feat hazami-pokok



Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok