Tuesday, July 31, 2012

Kesan bisa ular terhadap darah manusia



Bagaimana agaknya kesan bisa ular terhadap darah manusia?Video ini menunjukkan setitik bisa ular viper dicampur ke segelas darah,dalam beberapa saat anda boleh melihat ia bertukar kepada ketulan jeli darah.

All goal Malaysia Vs M.City 30/7/12

Roller coaster tersangkut?



Roller coaster Vallejo Theme Park di california,amerika yang diberi nama "The Superman Ultimate Flight" dikatakan tersangkut selama 2 jam sebelum diperbaiki iaitu pada jam 2.30pm hari ahad.Kenderaan ini boleh bergerak pada kelajuan 62 mph,menggunakan 2 kereta dan membawa 6 penumpang.

Bomba telah menggunakan kren istimewa untuk memberikan air kepada penumpang dan akhirnya roller coaster kembali berfungsi.Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Monday, July 30, 2012

Minuman kolagen El Marino




Saya nak share produk minuman kolagen yang top ten dan hangat di pasaran,boleh diminum oleh lelaki dan wanita kerana khasiat yang baik untuk kulit kita.

Tahukah anda 70% daripada tisu kita terdiri dari kolagen @ elastin ialah protein yang membentuk struktur lapisan kulit dan merupakan bahan utama di lapisan derimis dimana memberikan ketegangan,keanjalan, dan kelembapan yang wajar kepada kulit.

Namun kolagen yang sedia ada akan rosak disebabkan oleh Sinaran UV@penuaan dalam proses enzim kolagenis dan elastas dari dalaman badan kita.




Kerosakan kolagen boleh dihentikan dengan produk …

3 Tindakan utama produk El Marino

a)Menyekat aktiviti enzim perosak kolagen dan elastin



b)Menghasilkan kolagen dan elastin yang baru dengan pantas

c)Menggantikan kehilangan kolagen dan elastin

  • Menegangkan kulit/mengekalkan kekenyalan kulit yang asal serta menjadikan epidermis dan dermis kulit lebih berseri-seri.

Hasil ujian klinikal Selepas 4 minggu :

* 100% mengatakan garis halus dan kedutan sudah berkurang secara ketara.

* 85% mengatakan kejernihan kulit ditingkatkan

*78% mengatakan kadar lembapan kulit meningkat dengan ketara

* 52% mengatakan Bintik hitam sudah pudar dengan ketara.


El Marino mempunyai 2 Rumusan yg unik

1. Ekstrak Buah Delima dengan ADS, VIQUA ( Dinobatkan Anugerah Malta Pomegranate 2009 di Eropah utk kategori inovasi Antioksidan terbaik)

2. Collative dari kolagen hidupan laut dalam terhidrolisis dan Peptida Elastin (Khasiat tinggi dari tumbuh-tumbuhan)


El Marino (30 sachet)

Retail Price:
WM- RM 220.00
EM- RM 228.00
Dealer Price:
WM- RM 188.00
EM- RM 193.00

Berminat boleh hubungi saya di 012 5532453 (AZFAR)








Sunday, July 29, 2012

Sofaz-Gagalkah aku



Berulangkali ku cuba
Melupakan dirimu
Yang sering hadir di minda
Merasuk fikiranku
Kau bunuh kewarasanku
Mengawal perasaan ku

Kehilangan..
Oh pedoman
Ketidak warasan fikiran
Kau biarkan
Ku tersiksa
Kehilangan perasaan

Lepaskan aku
Dari genggam mu
Bebaskan aku dari hidupmu

Ku tidak mahu
Menjadi kalut
Fikiranku tak menentu

(Chorus)

Kau membuat ku kehilangan
Kewarasan pemikiran
Berdiri di penjuru ku rasa ingin bersuara
Mengilai dan menjerit biarpun tanpa suara
Memukul menghayun
Dan menghempaskan kepala
Biarpun berdarah ku masih belum terasa
Perit pedih bisa siksanya di kepala
Atas kehilangan yang masih terasa
Menghambakan diri
Pada perasaan yang tak terkawal
Kesengsaraan kegagalan dan kehancuran

(Solo)

Ku jalan perlahan bersihkan seluruh badan
Agar di tenangkan kekalutan fikiran
Agar di jauhkan dari bayang bayang
Agar dirimu bersemadi dengan tenang
Agar tiada lagi ketidak warasan fikiran
Tiada lain..ku inginkan
Hanyalah keamanan fikiran...
Pegilah kau
Jauh terbang
Hilanglah kau dari pandangan

Gagalkah aku..dalam hidupku
Yang sudah hanyut tak menentu
Bayang bayangmu menghantuiku
Biarpun kau t'lah lama berkubur

Kau membuat ku kehilangan
Kewarasan pemikiran
Berdiri di penjuru ku rasa ingin bersuara
Mengilai dan menjerit biarpun tanpa suara
Memukul menghayun
Dan menghempaskan kepala
Biarpun berdarah ku masih belum terasa
Perit pedih bisa siksanya di kepala
Atas kehilangan yang masih terasa
Menghambakan diri
Pada perasaan yang tak terkawal
Kesengsaraan kegagalan dan kehancuran

Ku jalan perlahan bersihkan seluruh badan
Agar di tenangkan kekalutan fikiran
Agar di jauhkan dari bayang bayang
Agar dirimu bersemadi dengan tenang
Agar ku tenang

rilek rilek di bulan posa

apa pendapat korang tentang bulan posa thn nih,meriah x

Sunday, July 1, 2012

Spain 4 vs Italy 0 all goal



Sepanyol ditabalkan juara Euro buat kali ketiga selepas 1964 dan 2008.

KIEV, (D5) - Sepanyol mengharungi malam ajaib dengan melakar sejarah tersendiri dengan menjadi pasukan pertama yang mengekalkan Kejuaraan Eropah.

Dengan mudah La Roja meratah Itali 4-0 di Stadium Olimpik Kiev walaupun pada awalnya mengekalkan formasi tanpa penyerang utama.

Di awal permainan sudah tergambar permainan berat sebelah dengan Azzuri dikerah dibahagian pertahanan kerana Sepanyol lebih agresif.

David Silva menggamatkan suasana dengan tandukan untuk menggegar gawang Itali pada pada minit ke-14. Tetapi Cesc Fabregas yang patut diberi pujian kerana memecahkan benteng Itali.

Itali terpaksa melakukan pertukaran seawal minit ke-20 selepas Giorgio Chiellini terhencut-hencut meninggalkan padang untuk digantikan dengan Federico Balzaretti.

Perlahanan-lahan tempo perlawanan mula berubah dengan anak buah Cesare Prandelli mula memperkemaskan hantaran mereka.

Antonio Cassano dua kali berpeluang untuk mencuba nasib tetapi Iker Casillas ternyata sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Jordi Alba mengukuhkan kedudukan dengan dua gol pada minit ke-41 dengan serangan pantas selepas Xavi Hernandez berjaya menghidu larian kencang dari kawasan sendiri.

Sebaik babak kedua bersambung, Antonio Di Natale diberi peluang untuk menyalakan peluang Itali dan penyerang Udinese itu tidak mengambil masa yang lama untuk memberi awal pertama dengan tandukan yang tidak tepat ke sasaran.

Pada minit ke-49, Sepanyol menjerit bola terkena tangan Leonardo Bonucci tetapi tidak diendahkan pengadil.

Malapetaka sebenar Azzuri bermula pada minit ke-60 sebaik Thiago Motta ditimpa kecederaan hamstring. Pemain tengah itu hanya sempat bertahan selepas tiga minit di atas padang sebaik menggantikan Riccardo Motta dan memaksa juara 1968 itu berjuang dengan 10 pemain.

Kemasukan Fernando Torres mendapat lagi bisa di luka Itali dengan menjaringkan satu gol pada minit ke-83 sebelum gol keempat La Roja menyusul dengan Torres yang juga wira 2008 melorongkan bola untuk disudahkan kepada Juan Mata.