Saturday, January 28, 2017

Kira kalori semasa senaman

Selama ni Aku dok wat senaman Kat gym@taman tapi tak tau jumlah kalori yang terbakar untuk membakar lemak.Semoga gambar berikut dapat dijadikan rujukan ..







Semoga rujukan ini dapat dijadikan contoh ketika buat senaman ,chaiyok..!!



Ink dakwat HP deskjet 1515

Oh Gini rupanya ink untuk printer HP 1515 ,melilau Aku cari huhu

Monday, January 23, 2017

Latihan Motor Halus untuk OKU

Kemahiran motor halus didefinisikan sebagai proses yang mana perlukan bagi membentuk cara mereka melakukan gerakan dan motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Kemahiran motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata.
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata. Dalam meningkatkan kemahiran motor halus ini, kanak-kanak akan berkebolehan melakukan aktiviti harian mereka sendiri. Contohnya kanak-kanak yang berumur 3 tahun dapat menggunakan sudu dengan betul. Bagi kanak-kanak yang lebih besar seperti berumur 5 tahun, mereka mungkin telah dapat menggunakan gunting untuk memotong kertas dan membuat bentuk. Manakala kanak-kanak yang berumur 6 tahun mereka berkebolehan mengikat tali kasut mereka.



Latihan aktiviti motor halus untuk celebral palsy