Saturday, June 30, 2012

Trailer Mael lambong



Mengisahkan Mael lambung (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta di Kuala Lumpur, hidupnya berubah setelah bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan dirinya dari penjahat hingga ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael.Rupa-rupanya Mael telah lama meninggalkan negeri kelahirannya kerana membawa diri. Di kampung,Mael telah bertemu kembali dengan bekas kekasihnya Rozie (Shenty Feziliana) kini menjadi tunangan kepada Tiger (Taiyudin Bakar).Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan yang pernah terjalin di antara Mael dan Rozie sebelum ini.
Penjahat memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang mengandungi maklumat tender projek kerajaan itu akhirnya dapat menjejaki mereka di Terengganu.Apakah yang berlaku seterusnya?

No comments:

Post a Comment