Monday, July 31, 2017

Sketsa Raya "Balik Kampung" PDK Negeri Perlis

19 Julai 2017 ari tu aku join persembahan sketsa sebagai penari latar bersama pelatih OKU PDK Negeri Perlis sempena Majlis Hari Raya yang diadakan di Dewan 2020 Kangar Perlis..

Episod 1


Episod 2


Episod 3

Sunday, July 23, 2017

Vokalis Linkin Park, Chester Bennington ditemui mati









VOKALIS kumpulan metal terkenal, Linkin Park, Chester Bennington. 
NEW YORK : Vokalis kumpulan metal terkenal, Linkin Park, Chester Bennington dijumpai mati tergantung di rumahnya semalam 20 Julai 2017, dipercayai akibat membunuh diri.
Pejabat koroner Los Angeles berkata, mereka menerima panggilan sejurus selepas jam 9 pagi (waktu tempatan) yang memaklumkan mengenai penemuan mayat Bennington di kediaman mewahnya di Palos Verdes.
Ketua Operasi pejabat itu, Brian Elias, berkata kes berkenaan disifatkan sebagai kejadian bunuh diri.
Pemain gitar dan komposer utama Linkin Park, Mike Shinoda dalam status beliau di akaun Twitter dipetik sebagai berkata: "Terkejut dan sangat sedih, tetapi ia benar".
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Bennington secara terbuka mengakui mengenai zaman kanak-kanaknya yang penuh bermasalah di Arizona.
Katanya, beliau didera secara seksual selama bertahun lamanya oleh seorang kenalan keluarga dan bertukar menjadi seorang penagih dadah dan alkohol selepas ibu bapanya bercerai ketika berusia 11 tahun.
Kemarahan beliau itu disalurkan kepada muzik beraliran 'heavy metal' tetapi Linkin Park adalah perintis kepada kebangkitan gelombang muzik 'nu metal' yang menggabungkan struktur pop dan hip hop, membabitkan rap oleh Shinoda di antara nyanyian Bennington.
Pada Mei lalu, Bennington juga pernah melahirkan rasa sedih yang begitu mendalam atas kematian rakan karibnya, vokalis kumpulan Soundgarden, Chris Cornell.
Linkin Park sepatutnya memulakan siri jelajah mereka minggu depan yang akan membabitkan persembahan di stadium bola lisut Citi Field di New York bersama beberapa kumpulan terkenal lain, termasuk Blink-182 dan Wu Tang Clan
-sumber berita harian

Friday, June 30, 2017

Cara Pindah fail Aplikasi (APP) Internal keSd Kad handphone samsung J2

Kes tukar enset baru punya cerita (Enset Samsung J2),kalau dah download banyak sangat memang leh full memori internal tu jadi memang kena tranfer fail ke Sd Kad tapi memang susah sebab lain cket dari lenovo (enset sebelum ni).Nasib bek jumpa video youtube ni.Setelah dirujuk memang berkesan tq ...

Wednesday, June 28, 2017

Cara Topup semak baki ,Kongsi Kredit Tunetalk

Buat kepada pengguna sim kad Tune Talk,ini merupakan cara nak topup dan data yang telah kita gunakan
secara harian.Kekadang aku sendiri pun lupa sebab banyak sangat sim kad do.... Check it out!

TOPUP *122*<16 digit="" pin=""># dan call 
SEMAK BAKI KREDIT DAN POINT *133#  dan call
SEMAK BAKI DATA INTERNET *134# dan call
KONGSI KREDIT *111# dan call(pilih no 3-kredit)
TUNETALK MENU *888# dan call

Sunday, May 7, 2017

Cara Pembayaran Pinjaman KPTM melalui ATM

1. MESIN ATM BANK ISLAM

  1. Pembayaran melalui ATM hanya boleh dilakukan oleh pemegang kad ATM Bank Islam sahaja.

  2. Prosedur pembayaran:
    1. Masukkan kad ATM
    2. Pilih menu LAIN-LAIN
    3. Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT
    4. Pilih menu YURAN IPT
    5. Pilih Akaun Pembayar (akaun yang akan didebit)
    6. Masukkan No Kad Pengenalan
    7. Pilih Bil yang ingin dibayar
    8. Sahkan maklumat Peminjam dan masukkan wang ingin dibayar
    9. Transaksi selesai dan ambil Resit

  3. Sila simpan resit sebagai bukti pembayaran.

2. MESIN DEPOSIT TUNAI BANK ISLAM

  1. Prosedur pembayaran:
    1. Pilih menu YURAN IPT /BILL PRESENTMENT
    2. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar
    3. Pilih MOHE
    4. Sahkan maklumat Peminjam dan masukkan wang
    5. Sahkan jumlah kemasukkan wang
    6. Transaksi selesai dan ambil Resit

  2. Sila simpan resit sebagai bukti pembayaran.

Tuesday, April 18, 2017

Ohsem Cat Cafe

Ari ni 18 April lpas kja lepak Dulu Kat ohsem catcafe ,merupakan Kedai makan@western food yang menyediakan makanan sambil Bermain dengan Kucing baka gebu  yang diasingkan.Aku mmg geram tgk Kucing baka camni woo..

Mai singgah tempat tak jauh dari Giant Kangar,perlis


Saturday, January 28, 2017

Kira kalori semasa senaman

Selama ni Aku dok wat senaman Kat gym@taman tapi tak tau jumlah kalori yang terbakar untuk membakar lemak.Semoga gambar berikut dapat dijadikan rujukan ..







Semoga rujukan ini dapat dijadikan contoh ketika buat senaman ,chaiyok..!!