Wednesday, March 9, 2011

KEPUTUSAN MALAYSIA VS PAKISTAN (MALAYSIA MENANG AGGREGAT 2-0)



ASTRO Arena memaklumkan siaran langsung perlawanan bola sepak Kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia vs Pakistan di Lahore yang dijadualkan jam 10.30 malam ini terpaksa dibatalkan atas masalah teknikal.

Menurut makluman pihak Astro Arena"Dukacita dimaklumkan siaran langsung perlawanan Pra Kelayakan Olimpik (pusingan kedua) di antara Skuad Olimpik Pakistan menentang Skuad Olimpik Malaysia pada 9 Mac 2011 ( Rabu) di Stadium Punjab, Lahore, Pakistan pada jam 10:30 malam ini terpaksa dibatalkan atas sebab masalah teknikal yang dihadapi oleh penyiar televisyen tempatan Pakistan yang sepatutnya membekalkan kami siaran perlawanan tersebut", .

Difahamkan pihak TV Pakistan mempunyai masalah menghantar isyarat siaran langsung kerana tidak mempunyai segmen satelit bagi membolehkan insyarat transmisi ke Malaysi dan akhirnya PARA pemain Malaysia meraikan kejayaan mereka mara ke pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 selepas seri tanpa jaringan dengan Pakistan di Stadium Punjab, Lahore semalam.

No comments:

Post a Comment