Sunday, March 20, 2011

chelsea 2 vs manchester city 0 20/3/2011



Chelsea melonjak ke tangga ketiga liga dengan memintas City selepas menang 2-0 ke atas skuad bimbingan Roberto Mancini itu di Stamford Bridge walaupun Skuadnya itu beberapa kali berjaya mencemaskan gawang tuan rumah menerusi kelicikan Yaya Toure pada awal permainan.

Kemenangan itu sekali gus berjaya membalas dendam kekalahan Chelsea yang ditewaskan City dengan 0-1 di Stadium Manchester, September tahun lalu.

Gol-gol Chelsea semalam dijaringkan David Luiz pada minit ke-78 dan Ramires pada minit ke-90 selepas kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan dalam tempoh lebih sejam permainan.

City terpaksa melupakan khidmat kapten pasukan, Carlos Tevez yang mengalami kecederaan pangkal peha pada saat akhir.

No comments:

Post a Comment