Showing posts with label AKU. Show all posts
Showing posts with label AKU. Show all posts

Sunday, April 12, 2020

Cara masak megi resipi sendiri

Setelah beberapa minggu lock down seluruh dunia kekadang membuatkan aku lapar yang teramat sangat .Jadi setelah fikirkan menu apa yang sesuai untuk dimakan tetiba teringat maggi kari kebetulan memang aku dah lama tak makan maggi ni (Yeah antu megi).Resipi mudah je dengan menggunakan bawang putih,merah,sayur kangkung dan memang aku tak tumis guna minyak takut kolesterol naik hehe.Sila lihat video yang aku buat untuk lebih lanjut..





#maggicurry
#stayathome
#malaysia







Wednesday, February 14, 2018

Sejati

Hari ini, pada petang hening, 14 Februari 1942.

Sekujur tubuh kaku kelihatan tergantung di sebatang pokok di atas puncak Bukit Chandu, Singapura.

Mayat yang memakai uniform Askar Melayu ini ditikam bertubi2 tanda pembalasan dendam dan marah kerana anak muda berpangkat Leftenan inilah yang mengetuai barisan gagah, ampuh, berani dan hanya maut yang membuatkan mereka berhenti dari mempertahankan Bukit Chandu, pertahanan terakhir British di Singapura sebelum ditawan Jepun.

Lehernya dikelar, dan isi perutnya terburai dimamah bayonet Tentera Jepun. Mayatnya dilarang diturunkan, buat pengajaran untuk para penentang Maharaja Jepun.

Kendatipun diperlakukan sedemikian, di tangannya sendiri telah terkorban berpuluh askar Jepun.

Peluru habis, parang dilibas. Parang tumpul, bayonet dikilas. Bom tangan juga telah habis dilempar ke arah musuh.

Leftenan itu lebih rela berputih tulang dari berputih mata melihat posnya ditawan dan kawasan jagaannya dirampas musuh.

48 jam sebelumnya, sekumpulan Askar Melayu telah mematahkan serangan bertubi2 silih berganti Rejimen Chrysenthemum Tentera Jepun. 48 jam lamanya, Askar Melayu pimpinan beliau dari 1 Melayu, bertempur tanpa henti, berbekal semangat dan berjuang bersama Rejimen Punjabi dan saki baki British menentang keazaman Jepun menawan Singapura yang ketika itu sebahagian dari Tanah Melayu.

Jeneral Yamashita berkata selepas berjaya membunuh Leftenan Adnan dan menawan benteng terakhir Malaya di Bukit Chandu;

"Jika terdapat 10 orang Leftenan Adnan, belum pasti Malaya jatuh ke tangan Jepun."

Musuh sekalipun turut mengagumi semangat berjuang anak Melayu ini memimpin para pengawal Bukit Chandu sehingga titisan darahnya yang terakhir.

Hari ini, kita mengenang kecekalan dan pengorbanan beliau kerana pada hari ini, pada petang hening, 14 Februari, 1942, Leftenan Adnan Bin Saidi telah syahid menemui pencipta-Nya.

Terima kasih di atas semua pengorbananmu. Terima kasih juga kepada semua saudara2 kami yang sama gugur dan berkorban demi kami.

Leka kami adalah dosa yang selalu kami abaikan. Segunung jasad terkujur, segunung nyawa melayang, segunung jiwa2 anak kecil, dan ibu2 menjadi balu demi anda semua terus mendaulatkan tanah bertuah ini.

"Tanah keramat tiada galang ganti.

Biar bercerai bijih dari besi.

Melebur reput terurai memakan diri,

Sampai bilapun tanah ini takkan pernah ada ganti.

Biar putih tulang, dibunuh celik, dan mati berdiri,

Tanah keramat ini, putih mata sekalipun, tiada galang ganti."

Alfatihah. Innalillahiwa'innailaihiro'ji'un.

"Amor Ducit Patriae"

- KAM -

'THE PATRIOTS'

Monday, July 31, 2017

Sketsa Raya "Balik Kampung" PDK Negeri Perlis

19 Julai 2017 ari tu aku join persembahan sketsa sebagai penari latar bersama pelatih OKU PDK Negeri Perlis sempena Majlis Hari Raya yang diadakan di Dewan 2020 Kangar Perlis..

Episod 1


Episod 2


Episod 3

Wednesday, June 28, 2017

Cara Topup semak baki ,Kongsi Kredit Tunetalk

Buat kepada pengguna sim kad Tune Talk,ini merupakan cara nak topup dan data yang telah kita gunakan
secara harian.Kekadang aku sendiri pun lupa sebab banyak sangat sim kad do.... Check it out!

TOPUP *122*<16 digit="" pin=""># dan call 
SEMAK BAKI KREDIT DAN POINT *133#  dan call
SEMAK BAKI DATA INTERNET *134# dan call
KONGSI KREDIT *111# dan call(pilih no 3-kredit)
TUNETALK MENU *888# dan call

Sunday, May 7, 2017

Cara Pembayaran Pinjaman KPTM melalui ATM

1. MESIN ATM BANK ISLAM

  1. Pembayaran melalui ATM hanya boleh dilakukan oleh pemegang kad ATM Bank Islam sahaja.

  2. Prosedur pembayaran:
    1. Masukkan kad ATM
    2. Pilih menu LAIN-LAIN
    3. Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT
    4. Pilih menu YURAN IPT
    5. Pilih Akaun Pembayar (akaun yang akan didebit)
    6. Masukkan No Kad Pengenalan
    7. Pilih Bil yang ingin dibayar
    8. Sahkan maklumat Peminjam dan masukkan wang ingin dibayar
    9. Transaksi selesai dan ambil Resit

  3. Sila simpan resit sebagai bukti pembayaran.

2. MESIN DEPOSIT TUNAI BANK ISLAM

  1. Prosedur pembayaran:
    1. Pilih menu YURAN IPT /BILL PRESENTMENT
    2. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar
    3. Pilih MOHE
    4. Sahkan maklumat Peminjam dan masukkan wang
    5. Sahkan jumlah kemasukkan wang
    6. Transaksi selesai dan ambil Resit

  2. Sila simpan resit sebagai bukti pembayaran.

Tuesday, April 18, 2017

Ohsem Cat Cafe

Ari ni 18 April lpas kja lepak Dulu Kat ohsem catcafe ,merupakan Kedai makan@western food yang menyediakan makanan sambil Bermain dengan Kucing baka gebu  yang diasingkan.Aku mmg geram tgk Kucing baka camni woo..

Mai singgah tempat tak jauh dari Giant Kangar,perlis


Saturday, January 28, 2017

Ink dakwat HP deskjet 1515

Oh Gini rupanya ink untuk printer HP 1515 ,melilau Aku cari huhu

Monday, January 23, 2017

Latihan Motor Halus untuk OKU

Kemahiran motor halus didefinisikan sebagai proses yang mana perlukan bagi membentuk cara mereka melakukan gerakan dan motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Kemahiran motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata.
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata. Dalam meningkatkan kemahiran motor halus ini, kanak-kanak akan berkebolehan melakukan aktiviti harian mereka sendiri. Contohnya kanak-kanak yang berumur 3 tahun dapat menggunakan sudu dengan betul. Bagi kanak-kanak yang lebih besar seperti berumur 5 tahun, mereka mungkin telah dapat menggunakan gunting untuk memotong kertas dan membuat bentuk. Manakala kanak-kanak yang berumur 6 tahun mereka berkebolehan mengikat tali kasut mereka.



Latihan aktiviti motor halus untuk celebral palsy

Friday, July 24, 2015

Majlis Jamuan Raya Aidilfitri Negeri Perlis

Hari ni 25 Julai aku g majlis jamuan hari raya di Dewan 2020 Kangar.Best jgk sebab dapat makan free dan secara automatik sedap.Disamping ada persembahan artis Maharaja Lawak Yus Jambu Dan artis budaya





Thursday, January 8, 2015

Misi Kemanusiaan Ke Temerloh Pahang

Aku telah terpilih mengikuti Misi Kemanusiaan "Kami Prihatin" anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis ke Temerloh Pahang.Seramai 8 orang terlibat dalam bantuan ni.. Aku bersama 7 lagi membe kerja yang lain mula bertolak pada 9/1/2015 (Jumaat) pukul 8 pagi.Aku diberitahu misi tertumpu kepada kerja pembersihan di sekolah-sekolah yang dijadikan Pusat Pemindahan mangsa banjir di sana..
 Aku akan update gambar tunggu....

Sorry lambat sikit nak upload.. Aku baru sampai perlis jam 1 pagi kelmarin
Aku buat video sekitar Misi Kemanusiaan sepanjang aku kat sana




Tuesday, January 6, 2015

Panjat Bukit Gua Cenderawasih,Perlis

Kelmarin ari selasa 6/1/15 aku ajak membe2 g panjat Gua Cenderawasih kat Seriab,Kangar.Disebabkan berat aku pon naik trang tang2 skrang ni memang kena exercise le baru berat leh turun ye tak?Tu pon kalu diet Hehe.. Ok Kami ambil masa 15 minit untuk naik bukit tu bersamaan pembakaran kalori 111.Memang kalau nak naik bukit yang curam tu jenuh cket le tapi kalu turun mmg laju bagi aku.. Apa pon mmg best aku suka bab exercise ni.




Sunday, December 28, 2014

Bertugas di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir

Pada 25-28 Disember 2014 aku telah ditugaskan di Pusat Pemindahan Mangsa Bencana di Dewan Seri Malau Beseri, Perlis disebabkan beberapa kawasan diPerlis yang mengalami bencana banjir.Kami ditugaskan untuk menyiapkan makanan bagi mereka yang tinggal di Pusat Pemindahan selain Dewan Seri Malau seperti MRSM Beseri,SMK Abi dan Dewan Beseri Dalam.


















Friday, January 31, 2014

Who's that pokemon!!

Petang tadi aku baru kuar bilik air tetiba aku nampak benda kecil dok terkedek-kedek bawah bekas buku then aku pon check rupanya lipan bara,besar tu... nasib bek tak sengat mau icu la... aku tangkap buh dalam mini aquarium huhu.Panjang lebih kurang 15cm,check it out...

Tuesday, August 28, 2012

Jom ping blog anda...

Ping merupakan satu cara memberitahu bot engine search tentang artikel blog kita yang telah diupdate disamping meningkatkan trafik ke blog so rajin2 le ping blog@website anda di web nih... untuk mashukkan lagi trafik anda...
Blog Ping Tool

Monday, March 26, 2012

Kem Motivasi Sukma 2012 Perlis (complete)

Kem Motivasi bebudak sukma perlis di Timah Tasoh,harap bebudak ni boleh bawa medal time Sukma 2012 Pahang nanti...

































Sambil dok menunggu bebudak kayak posing merapu dulu..











Steady
go go go abg wan















Aktiviti