Showing posts with label BOLA. Show all posts
Showing posts with label BOLA. Show all posts

Sunday, July 1, 2012

Spain 4 vs Italy 0 all goal



Sepanyol ditabalkan juara Euro buat kali ketiga selepas 1964 dan 2008.

KIEV, (D5) - Sepanyol mengharungi malam ajaib dengan melakar sejarah tersendiri dengan menjadi pasukan pertama yang mengekalkan Kejuaraan Eropah.

Dengan mudah La Roja meratah Itali 4-0 di Stadium Olimpik Kiev walaupun pada awalnya mengekalkan formasi tanpa penyerang utama.

Di awal permainan sudah tergambar permainan berat sebelah dengan Azzuri dikerah dibahagian pertahanan kerana Sepanyol lebih agresif.

David Silva menggamatkan suasana dengan tandukan untuk menggegar gawang Itali pada pada minit ke-14. Tetapi Cesc Fabregas yang patut diberi pujian kerana memecahkan benteng Itali.

Itali terpaksa melakukan pertukaran seawal minit ke-20 selepas Giorgio Chiellini terhencut-hencut meninggalkan padang untuk digantikan dengan Federico Balzaretti.

Perlahanan-lahan tempo perlawanan mula berubah dengan anak buah Cesare Prandelli mula memperkemaskan hantaran mereka.

Antonio Cassano dua kali berpeluang untuk mencuba nasib tetapi Iker Casillas ternyata sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Jordi Alba mengukuhkan kedudukan dengan dua gol pada minit ke-41 dengan serangan pantas selepas Xavi Hernandez berjaya menghidu larian kencang dari kawasan sendiri.

Sebaik babak kedua bersambung, Antonio Di Natale diberi peluang untuk menyalakan peluang Itali dan penyerang Udinese itu tidak mengambil masa yang lama untuk memberi awal pertama dengan tandukan yang tidak tepat ke sasaran.

Pada minit ke-49, Sepanyol menjerit bola terkena tangan Leonardo Bonucci tetapi tidak diendahkan pengadil.

Malapetaka sebenar Azzuri bermula pada minit ke-60 sebaik Thiago Motta ditimpa kecederaan hamstring. Pemain tengah itu hanya sempat bertahan selepas tiga minit di atas padang sebaik menggantikan Riccardo Motta dan memaksa juara 1968 itu berjuang dengan 10 pemain.

Kemasukan Fernando Torres mendapat lagi bisa di luka Itali dengan menjaringkan satu gol pada minit ke-83 sebelum gol keempat La Roja menyusul dengan Torres yang juga wira 2008 melorongkan bola untuk disudahkan kepada Juan Mata.

Monday, July 25, 2011

Malaysia vs Singapura 2011 all goal

Malaysia vs chelsea all goal

MALAYSIA:

Mohd Farizal Marlias (Mohd Izham Tramizi), Mohd Daudsu Jamaluddin (Mohd Fandi Othman), Norhafiz Zamani Misbah (Mohamad Amer Saidin), S, Subramaniam, Mohd Zubir Mohd Azmi (Mohd Affize Faisal Mamat), Shahrulnizam Mustapa (Abdul Shukor Jusoh), Wan Zack Haikal Wan Nor (Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria), Mohd Badhri Mohd Radzi (Gary Steven Robbat), Joseph Kalang Tie (Syahrul Azwari Ibrahim), Hairuddin Omar, Amri Yahyah (A. Thamil Arasu).

CHELSEA FC:

Separuh masa pertama: Henrique Hilario, Branislav Ivanovic, Ryan Bertrand (Patrick Van Aanholt), Jose Bosingwa, Joshua Mc Eachran, Slobodan Rajkovic, Yossi Benayoun, Frank Lampard, Florent Malouda, Salomon Kalou, Fernando Torres.

Separuh masa kedua: Petr Cech, Paulo Ferreira, Alex, Yury Zhirkov, John Obi Mikel, Nathaniel Chalobah, Billy Clifford, Daniel Sturridge, John Terry, Nicolas Anelka, Didier Drogbar.


Saturday, July 16, 2011

MALAYSIA 3-6 Liverpool



Penjaring:
Malaysia: Safiq Rahim (minit ke-42), Mohd Safee Mohd Sali (79, 81).

Liverpool: Charlie Adam (26)), David Ngoc (57, 58), Maxi Rodriguez (74, 90), Dirt Kuyt (93).

Thursday, July 14, 2011

Malaysia vs Arsenal 0-4

Keputusan : Malaysia 0 – 4 Arsenal (Ramsey, Walcott, Vella, Rosicky)

Senarai pemain Malaysia:

Mohd Nasril Mat Nourdin (penjaga gol), Mahali Jasuli, Mohd Asraruddin Putra, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohd Aidil Zafuan, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Ahmad Fakhri Saarani, Kunalan a/l Subramaniam,Mohd Amirulhadi Zainal.

Senarai pemain Arsenal:

Thomas Vermaelen,Laurent Koscielny,Szczesny, Theo Walcott,Aaron Ramsey, Alex Song, Jack Wilshere,carl Jenkinson,Kieran Gibbs, Marouane Chamakh, Ryo Miyaichi.

Thursday, June 30, 2011

Malaysia vs Taiwan 2-1



BUKIT JALIL, (D5) - Malaysia mencatatkan kemenangan di Stadium Nasional Bukit Jalil namun menghadiahkan Taiwan gol di tempat lawan dalam pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia Zon Asia 2014 yang berkesudahan 2-1.

Gol-gol Malaysia dijaringkan Safiq Rahim pada minit ke-27 disusuli gol daripada Aidil Zafuan Abdul Razak (m54) sebelum Chen Po-Liang menjadikan kedudukan 2-1.

Beraksi di hadapan 45, 000 penyokong, barisan anak-anak buah Datuk K. Rajagobal menuntut sedikit kesabaran para penyokong untuk mendapatkan rentak sebenar.

Harimau Malaya juga kerap memberi sepakan percuma kepada para pemain di kawasan bahaya. Pintu gol Malaysia sempat cemas, mujur Sharbinee Allawee berada di kedudukan tepat untuk menangkap tampanan Li Cheng-Yi.

Minit ke-16, Baddrol Bakhtiar memaksa penjaga gol Lin Po-Cheng merebahkan badan menampan cubaan berbahaya itu.

Menyedari tempoh permainan anak-anak buahnya tidak seperti yang diharapkan, Datuk K. Rajagobal segera membuat pertukaran dengan mengeluarkan bek kanan, Helmi Remeli dan memasukkan Abdul Hadi Yahaya.

Abdul Hadi nyata membawa tuah dan berpunca daripada gerakannya, Safiq Rahim berjaya melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk menggegar gawang lawan.

Kemasukkan penyerang Terengganu itu menyebabkan Amirulhadi Zainal diarahkan mengisi posisi bek kanan.

Sebaik permainan bersambung, Rajagobal sekali lagi merombak barisan hadapannya dan kali ini mengeluar Safee Sali yang bergelut sepanjang 45 minit pertama dengan memasukkan Ahmad Fakri Saarani dan dia berusaha keras memberi tekanan kepada kubu lawan.

Pada minit ke-74, Bukit Jalil sekali lagi bergema selepas tandukan Aidil Zafuan menerjah gawang Taiwan. Pertahanan Negeri Sembilan itu naik membantu dalam situasi sepakan sudut yang diambil Safiq untuk gol kedua Malaysia.

Bagaimanapun, momentum rancak para pemain kelihatan mulai terjejas selepas gol berkenaan. Para pemain kelihatan mula leka dan gagal memanfaatkan peluang yang ada di depan gol.

Pada minit ke- Baddrol Bakhtiar gagal membaca hantaran lintang Amirulhadi sungguhpun pintu gol sudah terbuka luas disusuli rembatan Abdul Hadi yang sempat dihalang pertahanan lawan pada kedudukan yang sama.

Taiwan berjaya mengambil kesempatan diatas kelekaan tuan rumah berpunca dari sudut kanan Malaysia, Chen Po-Liang menerima umpanan lalu melepaskan rembatan kencang menewaskan pintu gol yang dikawal Sharbinee Allawee Ramli.

Hakikatnya, Taiwan langsung tidak berpeluang melakukan serangan ke arah pintu gol Malaysia.

Lewat permainan, S. Kunanlan berjaya memintas bola daripada pertahanan lawan dan melakukan larian pantas, dua pemain lawan cuba menghambatnya.

Pemain sayap itu dengan tenang mengawal dan melakukan hantaran tinggi yang ditanduk tinggi rakan sendiri namun Baddrol berada di posisi yang mampu melakukan tindakan penyudah.

Saturday, April 2, 2011

MU VS WEST HAM 2/4/11!!!

Wayne rooney menghadiahkan 3 gol ketika perlawanan menentang West Ham United semalam.MU tertinggal 2 gol pada awalnya namun kemudian membalas 3 gol dan 1 gol dari Javier Hernandez memberi kemenangan 4-2.Rooney menjadi pahlawan dengan hat-tricknya serta memuji Chicharito dan Dimitar Berbatov yang masuk di babak kedua kerana peranan mereka.



Sunday, March 20, 2011

chelsea 2 vs manchester city 0 20/3/2011



Chelsea melonjak ke tangga ketiga liga dengan memintas City selepas menang 2-0 ke atas skuad bimbingan Roberto Mancini itu di Stamford Bridge walaupun Skuadnya itu beberapa kali berjaya mencemaskan gawang tuan rumah menerusi kelicikan Yaya Toure pada awal permainan.

Kemenangan itu sekali gus berjaya membalas dendam kekalahan Chelsea yang ditewaskan City dengan 0-1 di Stadium Manchester, September tahun lalu.

Gol-gol Chelsea semalam dijaringkan David Luiz pada minit ke-78 dan Ramires pada minit ke-90 selepas kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan dalam tempoh lebih sejam permainan.

City terpaksa melupakan khidmat kapten pasukan, Carlos Tevez yang mengalami kecederaan pangkal peha pada saat akhir.

Saturday, March 19, 2011

M.U VS BOLTON WANDERERS 1-0 (19/3/11)


Aksi yang berlangsung di Old Trafford itu dijangka berkesudahan dengan keputusan seri akhirnya disudahkan dengan ledakan gol Dimitar Berbatov pada minit ke-88.


Saturday, March 21, 2009

Penyerang liverpool


Personal information
Full name :Fernando José Torres Sanz
Date of birth :March 20, 1984 (age 23)
Place of birth :Madrid, Spain
Height :1,86 m (6'2")
Nickname :El Niño (The Kid), The Eagle
Position :Striker
Current club :Liverpool
Number :9