Showing posts with label LAWAK. Show all posts
Showing posts with label LAWAK. Show all posts

Monday, February 19, 2018

Teknik melepaskan diri jika tangan dipegang

*Teknik melepaskan diri diri jika tangan anda dipegang oleh orang yg tidak dikenali..boleh dipraktikkan. Semoga berhasil*

Saturday, June 30, 2012

Trailer Mael lambong



Mengisahkan Mael lambung (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta di Kuala Lumpur, hidupnya berubah setelah bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan dirinya dari penjahat hingga ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael.Rupa-rupanya Mael telah lama meninggalkan negeri kelahirannya kerana membawa diri. Di kampung,Mael telah bertemu kembali dengan bekas kekasihnya Rozie (Shenty Feziliana) kini menjadi tunangan kepada Tiger (Taiyudin Bakar).Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan yang pernah terjalin di antara Mael dan Rozie sebelum ini.
Penjahat memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang mengandungi maklumat tender projek kerajaan itu akhirnya dapat menjejaki mereka di Terengganu.Apakah yang berlaku seterusnya?

Thursday, May 24, 2012

Pertanyaan yang tak perlu dijawab

Setiap soalan pasti ada jawapan. Itu yang selalu orang kata
Kalau bini tanya nak kena jawab, polis tanya pun nak kena jawab kalau tidak nanti tak pasal-pasal masuk lokap pula.
Tapi sebenarnya ada juga soalan yang tak payah dijawab langsung, atau kalau nak tanya juga, bersedialah dijawab dengan penampar.

Mari kita lihat apa pertanyaan lawak yang tidak perlu dijawab tu yang aku check dari Budaini.com KLIK CNI

Saturday, March 10, 2012

Mana burung aku?




Siapa Pernah Tengok Burung ?

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa sipencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua : “Siapa disini yang ada burung?”

Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.

Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah

“bukan itu maksud saya”

Lalu di ajukan soalan yang lain..

“maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?”

Maka seluruh penduduk wanita berdiri.

Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung “maaf, bukan itu maksud saya”

Sekali lagi dia cuba bertanya

“maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya”

Separuh penduduk wanita berdiri.

Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi

“maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah,

siapa yang pernah lihat burung saya?”

Lalu… Isteri lelaki itu pun pun berdiri….dan seorang wanita yang lain,

maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut lari,

menyesal tanya.

Tuesday, March 15, 2011

Thursday, March 10, 2011