Showing posts with label PELIK. Show all posts
Showing posts with label PELIK. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

Kesan bisa ular terhadap darah manusia



Bagaimana agaknya kesan bisa ular terhadap darah manusia?Video ini menunjukkan setitik bisa ular viper dicampur ke segelas darah,dalam beberapa saat anda boleh melihat ia bertukar kepada ketulan jeli darah.

Saturday, May 26, 2012

Kucing ketagih tembikai..

Kepada sesaper yang ada kucing cuba check kucing korang suka makan benda pelik2 tak... Pening kepala aku tgk peel kucing nih..

Wednesday, May 23, 2012

Sunday, December 25, 2011

Skandal sensasi hollwood

DUNIA hiburan Hollywood sepanjang tahun 2011 tidak pernah kering dengan kisah-kisah mengejut terutamanya berkaitan peribadi selebriti mereka. Berikut adalah enam kisah skandal paling sensasi tahun ini yang masih belum habis menjadi buruan media dan tatapan umum. Duduk di tangga pertama adalah kisah skandal pasangan Ashton Kutcher dengan Demi Moore diikuti Jennifer Lopez dan Marc Anthony.

1 Ashton Kutcher,

Demi Moore, Sara Leal

Kutcher, 33, curang terhadap isterinya, Moore yang berusia 49 dengan seorang gadis berusia 22 tahun. Gadis tersebut dikenali sebagai Sara Leal, menjadi teman sosial Kutcher selain mendakwa pernah tidur dengan aktor tersebut. Lebih memedihkan, Kutcher curang pada hari ulang tahun keenam perkahwinannya yang jatuh pada 24 September lalu.

2Jennifer Lopez

dan Marc Anthony

Pasangan ini membuat kejutan dengan mendedahkan mereka sudah tidak lagi mahu menjadi pasangan suami isteri pada bulan Julai lalu selepas tujuh tahun berkahwin. Bagaimanapun satu sumber memberitahu, Lopez, 42, sudah mahu menuntut cerai daripada Anthony, 43 sejak dua tahun lalu namun membatalkan hasratnya kerana Anthony merayu agar tidak ditinggalkan. Lopez kemudian dilihat menjalin hubungan dengan penari bernama Casper.

3 Will Smith, Jada

Pinkett Smith, Marc Anthony

Mengejutkan apabila Will dan isterinya, Jada Pinkett Smith yang sudah berkahwin selama 14 tahun akhirnya memilih untuk bercerai pada Ogos tahun ini. Perceraian mereka didakwa kerana Pinkett kononnya mempunyai hubungan sulit dengan Marc Anthony.

4 Justin Theroux,

Heidi Bivens, Jen Aniston

Jennifer Aniston memang selalu ditinggalkan. Selepas ditinggalkan Brad Pitt, namun ada satu 'kemenangan' yang akhirnya diperoleh oleh aktres tersebut. Aktor Justin Theroux didakwa sanggup meninggalkan kekasih selama 14 tahunnya, Heidi Bivens untuk meraih cinta Aniston.

5 Kelly Osbourne,

Luke Worrall, Elle Schneider

Skandal cinta Kelly Osbourne dengan Luke Worrall yang kemudian beralih arah kepada Elle Schneider adalah skandal cinta paling tragis. Kelly membatalkan niat untuk berkahwin dengan Worrall selepas mendapati Worrall bercinta dengan kaum sejenisnya! Ya, Elle adalah seorang lelaki yang sedang menanti keputusan pertukaran jantina sebagai seorang perempuan.

6 Arnold Schwarzenegger,

Maria Shriver, Mildred Baena

Pada bulan Mei tahun ini, pelakon dan gabenor Arnold Schwarzenegger mengumumkan dia berpisah dengan isteri selama 25 tahunnya, Maria Shriver. Semuanya berpunca daripada skandal yang dibuat oleh Schwarzenegger dengan pembantu rumahnya, Mildred Baena yang telah berkhidmat bersama keluarganya sejak 20 tahun lalu. Mereka mempunyai anak lelaki bernama Joseph yang kini sudah mencecah usia 13 tahun.

Monday, November 21, 2011

Lelaki pemusnah kereta




LONDON - Operasi meleraikan sebuah kereta biasanya dilakukan menggunakan jentera berat. Tetapi seorang pengamal seni mempertahankan diri berbuat demikian dengan menggunakan tangan kosong, lapor akhbar Mail Online semalam.

Lelaki berkenaan yang memakai pakaian karate melepaskan kemarahannya dengan mengoyak sebuah kereta sedan empat pintu dalam satu klip video yang disiarkan di laman perkongsian video YouTube.

Selepas berulang kali menendang kereta tersebut, dia kemudian meleraikan kenderaan itu dengan menggunakan tangannya.

Lelaki tersebut dipercayai mendapat inspirasi melakukan aksi ganas itu daripada permainan video popular, Super Street Fighter IV.

Permainan video itu menampilkan karakter bernama Ryu meremukkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan menggunakan jurus seni mempertahankan diri dalam pusingan bonus dinamakan Car Crush. - Sumber Kosmo

Saturday, June 4, 2011

SHUSI PELIK



















p/s: Saintis sarankan kita makan shusi serangga "makan serangga baik untuk kesihatan" em.. save bajet kot hehe...

Wednesday, June 1, 2011

Saturday, April 30, 2011

Lelaki kahwin dengan watak dalam game

Seorang lelaki Jepun mengahwini karektor dalam permainan video popular, membawanya dan konsol mainannya untuk berbulan madu di luar negara.

Aksi ini berawal dari ikutnya SAL9000 dalam video game di Jepun bernama Love Plus, di mana para pemain lelaki dipersilakan untuk mengenali karakter-karakter gadis Jepun yang ada si situ. Namun rupanya lelaki ni tak berhenti sampai di sana.Disebabkan jatuh cinta oleh salah satu karakter, SAL9000 pun memutuskan untuk menikahi Nene


Dalam budaya otaku, ada tradisi memanggil karektor dalam permainan video sebagai isteri saya

Mereka berkahwin beberapa minggu lalu dan menyiarkan majlis itu menerusi laman web Youtube

Tuesday, April 19, 2011

Friday, March 18, 2011

MAKHLUK PELIK

Sejenis amfibia wujud di mexico dan bukan ikan

Ular kembar

Ketam dasar laut


Makhluk tasik panama yang dibunuh oleh budak

Babi kacukan

Tooth fish dikatakan muncul selepas tsunami

Jenglot wajah manusia

Weird eel muncul di china selepas tsunami
Unknown