Showing posts with label BERITA SEMASA. Show all posts
Showing posts with label BERITA SEMASA. Show all posts

Sunday, July 23, 2017

Vokalis Linkin Park, Chester Bennington ditemui mati









VOKALIS kumpulan metal terkenal, Linkin Park, Chester Bennington. 
NEW YORK : Vokalis kumpulan metal terkenal, Linkin Park, Chester Bennington dijumpai mati tergantung di rumahnya semalam 20 Julai 2017, dipercayai akibat membunuh diri.
Pejabat koroner Los Angeles berkata, mereka menerima panggilan sejurus selepas jam 9 pagi (waktu tempatan) yang memaklumkan mengenai penemuan mayat Bennington di kediaman mewahnya di Palos Verdes.
Ketua Operasi pejabat itu, Brian Elias, berkata kes berkenaan disifatkan sebagai kejadian bunuh diri.
Pemain gitar dan komposer utama Linkin Park, Mike Shinoda dalam status beliau di akaun Twitter dipetik sebagai berkata: "Terkejut dan sangat sedih, tetapi ia benar".
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Bennington secara terbuka mengakui mengenai zaman kanak-kanaknya yang penuh bermasalah di Arizona.
Katanya, beliau didera secara seksual selama bertahun lamanya oleh seorang kenalan keluarga dan bertukar menjadi seorang penagih dadah dan alkohol selepas ibu bapanya bercerai ketika berusia 11 tahun.
Kemarahan beliau itu disalurkan kepada muzik beraliran 'heavy metal' tetapi Linkin Park adalah perintis kepada kebangkitan gelombang muzik 'nu metal' yang menggabungkan struktur pop dan hip hop, membabitkan rap oleh Shinoda di antara nyanyian Bennington.
Pada Mei lalu, Bennington juga pernah melahirkan rasa sedih yang begitu mendalam atas kematian rakan karibnya, vokalis kumpulan Soundgarden, Chris Cornell.
Linkin Park sepatutnya memulakan siri jelajah mereka minggu depan yang akan membabitkan persembahan di stadium bola lisut Citi Field di New York bersama beberapa kumpulan terkenal lain, termasuk Blink-182 dan Wu Tang Clan
-sumber berita harian

Friday, September 18, 2015

Imam Masjid Negara Kena Tampar Lelaki Arab

Suasana solat Jumaat di Masjid Negara di Petaling jaya bertukar kecoh apabila seorang lelaki Arab secara tiba-tiba bertindak menampar imam masjid  ketika rakaat pertama.
Kejadian itu mengemparkan seluruh jemaah masjid dan saksi-saksi merakam kejadian dalam bentuk gambar dan rakaman video.
Motif perbuatan lelaki Arab itu tidak diketahui.
Suspek berjaya ditangkap dan ketika cuba dimasukkan ke dalam kereta untuk dihantar ke balai polis, beberapa individu yang marah dengan perbuatan itu telah memukul lelaki berkenaan.
Kejadian itu berjaya dirakam dan dimuat naik oleh Astro Awani.



Sunday, August 5, 2012

Datuk Lee chong wei menang pingat perak..

Harapan seluruh rakyat Malaysia untuk melihat jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei membawa pulang pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik sekali lagi hampa selepas beliau tumpas kepada musuh tradisinya, Lin Dan dari China pada acara final perseorangan lelaki badminton Sukan Olimpik 2012 di Arena Wembley, London malam tadi.
Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat perak buat Malaysia setelah tewas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain China, Lin Dan.
Ini merupakan pingat peraknya yang kedua setelah tewas kepada Lin Dan dalam acara sama di Olimpik Beijing, empat tahun lepas. - Bernama

Saturday, August 4, 2012

Siapa akan menang Datuk Lee chong wei atau Lin Dan?

Rakyat malaysia mengharapkan Lee chong wei menamatkan kemarau pingat emas pertama dalam perlawanan badminton yang akan berlangsung pada jam 8 malam waktu malaysia.Pertembungan epik ini dilihat sebagai peluang terbaik selepas tumpas kepada Lin Dan di Temasya Beijing 2008 serta di final Kejohanan Dunia tahun lalu digelanggang sama-Wembley Arena.
Antara ganjaran bakal diterima jika berjaya membawa pulang emas dia akan menerima pelbagai ganjaran termasuk RM 2 juta dari insentif kerajaan dan syarikat perabut,jongkong emas serta pencen bulanan RM 5000.Chong wei harus menumpaskan Lin Dan yang rekod mereka kini berada di kedudukan 24-10,memihak kepada pemain China tersebut.






Tuesday, July 31, 2012

Roller coaster tersangkut?



Roller coaster Vallejo Theme Park di california,amerika yang diberi nama "The Superman Ultimate Flight" dikatakan tersangkut selama 2 jam sebelum diperbaiki iaitu pada jam 2.30pm hari ahad.Kenderaan ini boleh bergerak pada kelajuan 62 mph,menggunakan 2 kereta dan membawa 6 penumpang.

Bomba telah menggunakan kren istimewa untuk memberikan air kepada penumpang dan akhirnya roller coaster kembali berfungsi.Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Thursday, May 10, 2012

Kecoh ibu dera anak



P/s:Dikatakan berlaku disepang,peh x sanggup den nak tgk.. nasib bek dah kena penjara..

Saturday, March 10, 2012

Rumah Justin Bieber di Hollywood peh...

Walaupun berusia 18 tahun tapi dah beli rumah mewah di Hollywood bernilai 10.8 milion dolar.Khabarnya untuk berehat bersama kekasihnya Selena Gomez.
Sebelum ini rumah tersebut telah disewa Ashton Kutcher dan Isterinya Demi Moore dengan harga US$50,000 sebulan.Namun rumah itu tidak digunakan lagi setelah mereka berpisah.

Rumah mewah itu mempunyai 5 bilik tidur,ruang tamu yang besar dengan seluar 9.400 meter persegi.Kemudahan lain terdapat bar dan fitness.







Sunday, December 18, 2011

Datuk Lee chong wei tersungkur



LIUZHOU, China - Juara bertahan, Datuk Lee Chong Wei tersingkir daripada Kejohanan Badminton Siri Super Dunia akhir 2011 selepas tunduk kepada pemain muda China, Chen Long 16-21, 21-16, 18-21 semalam.

Diletakkan sebagai pilihan utama, Chong Wei diramal bertemu musuh utamanya, Lin Dan pada final hari ini dan sudah pastinya menjadi pertemuan yang dinanti-nantikan peminat badminton dunia.

Begitupun, hajat tersebut tidak kesampaian kerana Chen Long, 22, beraksi dengan baik untuk menewaskan pemain No. 1 dunia itu.

Chen Long melakukan 24 pukulan smash ke atas Chong Wei dalam permainan yang memakan masa selama satu jam 19 minit itu.

Chong Wei yang telah memenangi kesemua tiga edisi kejohanan penutup musim badminton ini dilihat menguasai permainan jaring dengan 14 kali mengutip mata berbanding Chen Long hanya lapan mata.

Namun, kekuatan smash pemain No. 2 China itu menjadi senjata utama terhadap kemenangannya semalam.

Pada separuh akhir perseorangan wanita pula menyaksikan pilihan utama dari China, Wang Yihan menewaskan rakan senegara, Wang Xin dengan straight set 21-19, 21-16.

Kejohanan akhir musim itu menampilkan lapan pemain perseorangan dan beregu terbaik dunia dan akan memasuki aksi final hari ini. -Sumber kosmo

Friday, December 16, 2011

Pramugari Mak nyah??












BANGKOK - Empat mak nyah bertugas sebagai pramugari untuk syarikat penerbangan PC Air bagi laluan Bangkok ke wilayah Surat Thani, Thailand.

Syarikat penerbangan itu pada mulanya hanya mahu menggaji lelaki dan wanita sebagai pramugari serta pramugari.

Namun, ia mengubah rancangan selepas menerima lebih 100 permohonan daripada golongan mak nyah.

Menurut syarikat penerbangan tersebut, kelayakan untuk menjadi pramugari itu adalah sama buat mak nyah iaitu memerlukan ciri-ciri kewanitaan dan mempunyai daya penarik.

Empat mak nyah itu ialah Chayathisa Nakmai, 24, Dissanai Chitpraphachin, 24, Nathatai Sukkaset, 26, dan Phuntakarn Sringern, 24. - Sumber Kosmo

Wednesday, December 7, 2011

UNDILAH DATUK LEE CHONG WEI



JAGUH badminton negara Datuk Lee Chong Wei menerima undi tertinggi daripada peminat sukan berkenaan dalam tinjauan ‘siapa yang mereka inginkan sebagai Pemain Lelaki Terbaik Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2011.’

Pemain nombor satu dunia itu mengatasi musuh ketatnya dari China, Lin Dan, sebanyak 12 peratus dalam undian secara online yang dianjur BWF di laman web rasminya www.bwfbadminton.org dan platform media sosial Twitter, Weibo dan Facebook.


Menurut BWF, Chong Wei meraih 34 peratus undi, Lin Dan (22 peratus), pasangan beregu Cai Yun/Fu Haifeng dari China (16 peratus) dan beregu dari Korea Selatan Lee Yong-dae/Jung Jae-sung (14 peratus).

“Undian peminat ini terbukti menjadi ‘dendam yang manis’ buat Lee Chong Wei yang berada di tempat keempat dalam undian itu manakala Lin Dan pula menjadi pendahulu.


“Chong Wei akhirnya menduduki tempat teratas sebagai pilihan peminat selepas mengetepikan juara dunia empat kali itu dengan 12 peratus undian,” kata BWF.


Peminat badminton di seluruh dunia diberi peluang mengundi selama 24 jam bermula 8 malam pada 4 Disember.

Keputusan undian peminat akan dikongsi bersama dengan Majlis BWF yang ketika ini mengadakan mesyuarat di Queenstown, New Zealand dan akan membuat keputusan akhir mengenai pemenangnya.


“Sungguhpun keputusan dan pencapaian pada musim 2011 menjadi faktor utama yang diberi pertimbangan, tarikan peminat dan kualiti seseorang pemain sebagai contoh ikutan semakin penting sebagai kriteria dalam menentukan pemenang anugerah Pemain Terbaik BWF,” kata BWF. Sementara itu, bagi kategori Pemain Wanita Terbaik BWF 2011, pemain beregu campuran Liliyana Natsir dari Indonesia memperoleh undi tertinggi, 78 peratus diikuti beregu China Wang Xiaoli/Yu Yang (enam peratus) dan dua pemain perseorangan dari China Wang Shixian (lima peratus) serta Wang Yihan (empat peratus).

Pemenang dua anugerah berprestij itu akan diumum pada perlawanan akhir Kejohanan Super Siri Dunia BWF Li Ning di Liuzhou, China, minggu depan.

Friday, December 2, 2011

Warga malaysia ditembak dipekan Danok

KANGAR: Iskandar Abd. Hamid 52 tahun, rakyat Malaysia nyaris maut selepas beliau ditembak ketika sedang meletakkan mobilnya berhampiran dengan sebuah pusat karaoke dipekan Danok, Thailand. Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi Jumaat lalu itu dan mangsa berasal dari Perlis.Menurutnya, mangsa dihantar ke hospital kerajaan di Haytai oleh rakannya yang turut berada di tempat kejadian dan mangsa ditembak di bahagian bahu oleh suspek yang tidak dikenali. Mangsa tidak tahu sama ada suspek menaiki kenderaan atau tidak kerana kejadian itu berlaku terlalu pantas.“Walaupun kesakitan akibat dua peluru menembusi tubuh, saya menahannya dan berpura-pura mati supaya lelaki itu berhenti menembak saya,” kata Iskandar Abd Hamid, 52, yang nyaris maut selepas ditembak seorang lelaki tidak dikenali ketika memasuki keretanya di pekan Danok, Thailand, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, Iskandar cedera di rusuk kanan dan tangan kanan selepas dua daripada tiga das tembakan dilepaskan lelaki terbabit menembusi bahagian tubuhnya itu.

Selepas kejadian, Iskandar memandu keretanya ke balai polis berhampiran, namun pengsan di dalam kereta 10 meter dari tempat kejadian.

Iskandar dari Kuala Perlis, ketika ditemui berkata, kejadian menyebabkan dia trauma ke negara jiran yang selalu dikunjunginya sebelum ini.

Kejadian itu turut menyebabkan Iskandar menjalani dua pembedahan di Hospital Nagarind, Hat Yai bagi membuang dua peluru berkenaan.

Sunday, November 6, 2011

Bieber ada anak???






Kontroversi hebat buat si penyanyi "Baby" yang juga kekasih kepada Selena Gomez kerana telah didakwa oleh seorang peminatnya Mariah Yeater,20 tahun yang mengatakan bayi berusia 3 bulan dilahirkan pada 6 julai,Tristyn anthony markhouse yeater,adalah anak justin bieber.

Menurut Mariah Yeater semuanya terjadi apabila salah seorang pengawal peribadi Bieber bertanya dan membawanya berjumpa Bieber selepas konsert penyanyi itu di L.A's Staples Center tamat Oktober,tahun lalu.Mereka berasmara dan kemudian selesai dalam 30 saat.Bieber ada memberitahunya itu kali pertamanya dan hanya untuk kali itu sahaja.Bagaimanapun Bieber menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan.

Bagaimanapun, satu sumber lain memberitahu media, Bieber diarah Mahkamah Tinggi Los Angeles untuk menjalani ujian darah 10 hari sebelum Krismas ini.

Ujian itu dijalankan bagi mengetahui status sebenar hubungan Bieber dengan Tristyn.

Sementara itu, Mariah berkata, antara bukti Tristyn adalah anak Bieber ialah bibir bayi berkenaan.

“Persamaan di antara bayi saya dengan Bieber sangat aneh.

“Lihatlah pada mulutnya,” katanya.

Menurut Mariah, dia berharap Bieber akan melihat gambar Tristyn dan sedar bahawa bayi berkenaan adalah anak kandungnya.

“Ia bakal menjadi mimpi ngeri kepada kita semua jika Bieber terus menafikannya,” katanya.

Mariah berkata, dia hanya mahukan hak anaknya dan sangat kecewa apabila tidak diendahkan penyanyi kelahiran Kanada itu.

Katanya, tiada satu pun panggilan telefon dibuatnya dijawab Bieber.

Di sebalik dakwaan itu, media di Amerika Syarikat kelmarin melaporkan, Mariah pernah membuat tuntutan sama ke atas dua lelaki lain sebelum ini.

Seorang daripadanya ialah bekas teman lelaki Mariah ketika di sekolah tinggi, John Terranova, sebelum dia mengaitkan kekasih sulitnya, yang hanya dikenali sebagai Steve.

Ditanya media, Terranova berkata, dia yakin bayi berkenaan bukan zuriatnya atau Bieber.

“Apa yang dimahukan Mariah hanya wang,” katanya. – DM

Thursday, August 25, 2011

Taktik sorok mercun dalam enjin kereta dikesan UPP



Aug 22, 2011

Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah berjaya mematahkan cubaan menyeludup mercun dan bunga api apabila taktik menyimpan mercun pada bahagian enjin kenderaan dikesan dalam satu operasi awal pagi tadi.

Komander UPP Kedah, Mohd Jasri Othman, berkata dalam Operasi Khas di Kilometer 1.3 Lebuhraya Bukit Kayu Hitam-Changlun, sebuah kereta jenis Proton Waja ditahan ketika melepasi pintu sempadan pada jam 6.15 pagi.Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat sejumlah mercun dan bunga api diletakkan pada bahagian enjin kenderaan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.”Kira-kira 19 minit selepas itu UPP berjaya menahan sebuah lagi kenderaan jenis Toyota Wish di tempat sama yang turut membawa sejumlah mercun dan bunga api yang diseludup masuk dari negara jiran.

“Jumlah keseluruhan rampasan mercun dan bunga api awal pagi tadi bernilai RM209 dan cukai terbabit RM32.80 dan kita juga menahan dua pemandu kenderaan terbabit bagi membatu siasatan,” katanya kepada pemberita di pejabat UPP Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Mohd Jasri berkata, dalam operasi bermula jam 9 pagi hingga 11 malam Ahad, pihaknya menahan tiga buah kenderaan iaitu dua pikap Thailand dan sebuah lagi kenderaan jenis Wira di tempat sama, masing-masing meletakkan mercun dan bunga api di tempat simpan barang.

Beliau berkata, jumlah rampasan mercun dan bunga api itu bernilai RM467 dan cukai terbabit lebih RM200.
“Seorang lelaki Thailand dan seorang lelaki tempatan serta seorang wanita Thailand yang menaiki kenderaan berasingan, turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, sebuah pikap Thailand terbakar pada bahagian enjin dan tempat duduk hadapan di kilometer 7.7 Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Alor Setar pada jam 12.10 tengah hari, Ahad lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zamri Chik berkata, kejadian itu berlaku ketika pikap berkenaan membawa sejumlah mercun dan bunga api yang diletakkan pada bahagian enjin kenderaanya.

Beliau berkata, bunga api dan mercun itu tiba-tiba terbakar disebabkan terlalu panas akibat bahang dari enjin.

Bomba yang bergegas ke tempat kejadian mengambil masa empat minit untuk memadamkan kebakaran itu dari terus merebak ke kenderaan lain.

Pemandu kenderaan itu melarikan diri sejurus kejadian berkenaan berlaku. – BERNAMA

Wednesday, August 24, 2011

Pengeluar Sosej Thailand Dakwa Kerugian Besar



KANGAR – Sebuah syarikat pengeluar sosej Thailand mendakwa mengalami kerugian besar selepas terdapat laporan berhubung penjualan sosej pulut dan kek ayam yang mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi di beberapa bazar Ramadan di Perlis.

Advance Meat Fabtication Co Ltd mendakwa, syarikatnya yang beroperasi di Bangkok, Thailand kerugian kira-kira 5 juta baht (kira-kira RM500,000) dalam tempoh enam hari apabila pelanggannya di negara ini yang terdiri daripada umat Islam memulaukan keluarannya.

Pengurus syarikat itu, Phatnut Chongchaturapat berkata syarikat itu kehilangan pelanggan Islam 100 peratus di negara ini manakala kira-kira 300 pengedar juga tidak dapat menjalankan jualan.

Pada 3 Ogos lalu, sebuah akhbar melaporkan bahawa dua daripada tujuh sampel sosej dan kek ayam yang dikumpul oleh Jabatan Kesihatan Perlis disahkan mengandungi DNA babi manakala Jabatan kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihati umat Islam menghentikan pembelian makanan yang diragui status halalnya.

Chongchaturapat yang berada di sini Isnin untuk bertemu Pengerusi Kelab Usahawan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Dr Amar Hassan berkata syarikatnya yang diasaskan sejak 2002 adalah pengeluar sosej dan kek ayam yang halal.

Beliau turut menunjukkan sijil halal yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pusat Islam Thailand yang berkuatkuasa 14 Mac 2011 sehingga 13 Mac 2012.

Katanya pasaran produk keluaran syarikat itu tidak terjejas di Thailand namun pasaran di Malaysia merudum sama sekali sejak laporan itu disiarkan 3 Ogos lalu walaupun tidak menyebut nama pengeluarnya.

Syarikat yang mempunyai lebih 300 pekerja yang kebanyakannya beragama Islam itu mengeluarkan 14 produk makanan yang disenaraikan sebagai halal termasuk pelbagai jenis sosej dan kek ayam.

Selain itu ada lagi syarikat Thailand yang turut memasarkan produk yang sama di negara ini.

Beliau juga bersedia untuk mengemukakan segala dokuman kepada Jabatan Kesihatan Perlis atau Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) bagi membersihkan namanya sebagai pengeluar produk berkenaan.

Sementara itu, seorang pengedar, Ani Ismail, 30, dari Dannork, Thailand berkata beliau memasarkan produk itu sejak dua tahun lalu namun sejak seminggu lalu, beliau telah kehilangan kesemua pelanggannya.

Begitu juga dengan pengedar di Pekan Siam, Ustaz Jara Khan Mohamed yang mendakwa kerugian apabila produk yang dipasarkan di Malaysia tidak lagi diterima umat Islam. – BERNAMA

Saturday, July 16, 2011

Botak Juvanakekasih Izreen



SEPANJANG siri drama Juvana disiarkan, Diva berani potong kuku, ramai penonton tak senang hati tapi tak berganjak dari depan televisyen sebab syok dengan drama lakonan Zahiril Adzim, Bront Palarae dan pelakon lain yang bagus dalam drama itu. Hampir nak sampai ke kemuncak, Diva dengar pelakon Juvana, Izreen Azminda yang melakonkan watak Cikgu Zakiah dan Johan Arrif Asari (Botak) rupa-rupanya sedang melayan perasaan suka, pendek kata, bercintalah!

Bagi Diva, mungkin itu sekadar cinta lokasi. Tapi difikir-fikirkan, mereka berdua tiada babak romantis. Ada babak simbah air ke muka dan maki-hamun sahaja. Agaknya, daripada pertentangan watak begitu, timbul perasaan antara mereka. Diva suka budak Botak itu, lakonannya menjadi dan wataknya naif sangat. Kalau bercinta dengan Izreen pun memang padan sebab Izreen pun bagus lakonannya. Tentang sejauh mana hubungan cinta mereka berdua tidaklah Diva dapat pastikan. Cuma bila tengok ada teman-teman media menggandingkan mereka dalam satu fotografi dan mereka intim semacam sahaja, Diva dapat rasakan perasaan itu.

sumber:kosmo.com.my

Thursday, June 23, 2011

Tahniah Malaysia Menang Lawan Lubnan!!

Malaysia dan lubnan masing-masing terikat dengan keputusan seri 0-0 pada perlawanan pertama 19 Jun 2011 tempohari,

Kini Pasukan Bola Sepak Olimpik Malaysia telah menewaskan pasukan Labenon atau Lubnan dengan jaringan 2 gol berbalas satu pada sebentar sahaja tadi.Kita berjaya mendapat 2 gol hasil jaringan Irfan dan Wan Zack Haikal.



Sunday, May 15, 2011

Seekor Harimau Kumbang Ditangkap Di Ulu Bendul




KUALA PILAH: Seekor harimau kumbang berjaya ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan di Kampung Tanjung Limau Purut, Ulu Bendul dekat sini malam Jumaat.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Mohd Zaide Mohamed Zin berkata harimau kumbang betina yang berusia tiga tahun dan seberat 20 kilogram itu ditangkap selepas ia memasuki perangkap besi yang dipasang di belakang rumah seorang penduduk sejak 5 Mei lepas dengan menggunakan umpan itik angsa.

"Pada pukul 7.55 malam, penduduk kampung itu mendengar bunyi pintu perangkap jatuh dan mengesyaki harimau tersebut telah terperangkap.

"Dia kemudian menghubungi pegawai kami. Kita telah menghantar harimau itu ke Zoo Melaka pagi tadi untuk dipelihara," katanya kepada Bernama.

Penduduk tersebut Muhamad Yunus sebelum ini membuat aduan kepada Perhilitan ekoran banyak itik angsa dan ayam belanda peliharaannya dimakan oleh binatang buas. "Kita telah mejalankan siasatan dan mengenal pasti jenis binatang yang mengganggu dan memakan binatang peliharaan pengadu sebelum memasang perangkap tersebut," kata Mohd Zaide.

Beliau berkata kejadian tersebut merupakan kali kedua harimau kumbang masuk perangkap di kampung tersebut yang kejadian pertama berlaku bulan Februari lepas.-sumber kosmo

Monday, April 11, 2011

AWAS TELUR TIRUAN!!

Sekarang heboh pasal isu telur tiruan yang dijual di Pasar Pulau Tikus, Penang. Isu ini timbul berikutan aduan seorang membeli kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telah membeli telur tiruan di pasar tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menyerbu dan merampas telur tiruan yang dijual.Kita sebagai pengguna sepatutnya mengambil langkah berjaga-jaga agar kita tidak tertipu oleh pihak-pihak yang hanya mementingkan keuntungan.




Thursday, March 17, 2011

KESAN RADIASI TAK SAMPAI MALAYSIA


Pensyarah Jabatan Fizik, Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Ahmad Dr Termizi Ramli berkata kesan radiasi tidak akan sampai ke negara ini ekoran jarak yang jauh. Ia akan menyebabkan berlakunya faktor pencairan bahan radioaktif di atmosfera sekaligus kesan ia untuk merebak ke negara ini adalah terlalu kecil. kesan nuklear tu tak akan sampai sini kerana suhu ketika kejadian letupan tidak terlalu tinggi, menyebabkan kepulan asap radioaktif tidak naik terlalu tinggi ke ruang atmosfera sekaligus mengurangkan radius kawasan impak.