Sunday, December 18, 2011

Datuk Lee chong wei tersungkur



LIUZHOU, China - Juara bertahan, Datuk Lee Chong Wei tersingkir daripada Kejohanan Badminton Siri Super Dunia akhir 2011 selepas tunduk kepada pemain muda China, Chen Long 16-21, 21-16, 18-21 semalam.

Diletakkan sebagai pilihan utama, Chong Wei diramal bertemu musuh utamanya, Lin Dan pada final hari ini dan sudah pastinya menjadi pertemuan yang dinanti-nantikan peminat badminton dunia.

Begitupun, hajat tersebut tidak kesampaian kerana Chen Long, 22, beraksi dengan baik untuk menewaskan pemain No. 1 dunia itu.

Chen Long melakukan 24 pukulan smash ke atas Chong Wei dalam permainan yang memakan masa selama satu jam 19 minit itu.

Chong Wei yang telah memenangi kesemua tiga edisi kejohanan penutup musim badminton ini dilihat menguasai permainan jaring dengan 14 kali mengutip mata berbanding Chen Long hanya lapan mata.

Namun, kekuatan smash pemain No. 2 China itu menjadi senjata utama terhadap kemenangannya semalam.

Pada separuh akhir perseorangan wanita pula menyaksikan pilihan utama dari China, Wang Yihan menewaskan rakan senegara, Wang Xin dengan straight set 21-19, 21-16.

Kejohanan akhir musim itu menampilkan lapan pemain perseorangan dan beregu terbaik dunia dan akan memasuki aksi final hari ini. -Sumber kosmo

No comments:

Post a Comment