Thursday, December 1, 2011

TOKOH-TOKOH KESARJANAAN SAINS ISLAM 7

GEOGRAFI

Tokoh-tokoh ilmuan Islam juga telah banyak menyumbang bakti dalam bidang sains sosial
termasuklah bidang geografi. Ilmu geografi merupakan suatu perkara yang amat penting bagi
umat Islam, kerana dari ilmu inilah akan dapatdiketahui di mana letaknya Makkah yang menjadi
kiblat umat Islam dan jugatempat mereka menunaikan fardhu haji. Hasil daripada kesungguhan
merekamempelajari ilmu ini sejak abad ke-1H/7M lagi umat Islam berjaya sampai ke hujung
selatan benua Afrika dan Bahagian Utara pula telah sampai ke Russia.Buku pertama dalam
bidang ini telah dihasilkan pada tahun 273H/851M. Buku inimemuatkan laporan-laporan
perjalanan Sulaiman al-Tajir yang berasal dari Sirafke negeri China dan India. Sulaiman
melaporkan bahawa orang China menggunakan cap jari sebagai tandatangan. Al-Khawarizmi
(847 T.M) dan Kurdadh-bih (900T.M) merupakan perintis dalam penulisan geografi, aspek-aspek
teoritikal dan amalinya (Abdul Rahmas Nuwas,et.al.,1995:201). Thabit Ibn Qurrah (289H/901M)
telah menterjemahkan karyakarya Ptolemy berhubung dengan tempat-tempat di bumi
berdasarkan letaknya Lotitud dan Longitud. Berdasarkan buku-buku terjemahan inilah
kemudiannya al- Khawarizmi menyusun bukunya bertajuk “Surah al-Ardh”. Buku ini merupakan
sebuah atlas wilayah kekuasaan Islam. Karya inilah yang menjadi panduan dan dorongan
sarjana-sarjana terkemudian menghasilkan buku-buku geografi. Salah seorang sarjana
terkemudian yang mendapat manfaat daripada buku ini ialah al- Mas’udi yang hidup pada
pertengahan pertama abad ke 4H/10M.
Pada hakikatnya, geografi deskriptif amat berguna kepada agama, tentera dan pemerintah. Para
sarjana geografi telah mengembara dan mengumpul maklumat serta fakta daripada raja-raja,
pegawai-pegawai kerajaan dan orang ramai. Kerja awal dalam bidang geografi ialah tentang
topografi, cuaca sumber asli, jalan raya dan negara. Piri Re’is, laksamana tentera laut Turki
merupakan pakar tentang kedudukan geografi kawasan pantai Laut Mediteranean. Haji Khalifah
juga bekas tentera laut telah berusahamenghasilkan satu Kosmografi berjudul Word Survey
namun tidak sempat disiapkan. Karya ini dikatakan diasaskan kepada Atlas Mina karangan
Mercator. Ibn Khurdazbih berketurunan Parsi telah menghasilkan sebuah buku geografi yang
amat bernilai pada tahun 232H/846M yang diberi judul “Kitab al Masalik wa al-Mamalik”. Buku
yang bernilai khusus tentang topografi ini dikatakan merupakan karya pertama dalam bidang ini
yang ditulis secara bebas. Ia telah dipergunakan oleh Ibn Faqih, al-Maqdisi, Ibn Hawqal dan penulis-penulis geografi lain pada masa selepasnya. Ibn Haykal al-Biruni, Idrisi dan Ibn Batutah
merupakan nama besar dalam bidang kajian geografi Islam.

BIOLOGI
Sains biologi merupakan suatu bidang ilmu yang bersangkutan dengan benda-benda hidup.
Pemahaman asas mengenai habitat, kelakuan dan pengkelasan haiwan dan tumbuh-tumbuhan
telah dikaji dan dicatat oleh orang-orang Islam sejak zaman Bani Umaiyah. Pada zaman tersebut
mereka berminat di dalam pembiakkan kuda dan unta, sehubungan dengan itu mereka berjaya
menghasilkan suatu penemuan asas untuk memulakan kajian dalam bidang zoologi dan biologi
biak-baka. Bidang botani telah menarik minat dan menjadi perhatian khusus pakar sains Islam
kerana kepentingan tumbuh-tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan amat diperlukan oleh
masyarakat Islam ketika itu.
Al-Riyasa Ibn Jarit (meninggal 1193M), menulis mengenai limau dan rubab dan penggunaannya.
Al-Ghafiqi dari Cordava telah berjaya mengkelaskan tumbuhan yang dikutip dari Sepanyol dan
Afrika dengan nama Latin dan Berber. Beliau telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuhtumbuhan
dan 50 buah jenis pokok buah-buahan telah dijadikan rujukan oleh pakar-pakar lain
selepasnya Al-Nabati menjalankan penyelidikan yang meluas sehingga ke Sepanyol, Afrika Utara,
Arabia dan Lautan Merah dan menghasilkan Al-Rihlah, yang menceritakan tentang tumbuhantumbuhan
yang dijumpainya. Murid beliau al- Baitar telah menyusun sebuah buku yang
menyenaraikan 1,400 jenis dadah yang diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan
bahan bahan galian. Karyanya al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah dan al-Jami’fi al-Adwiyah al-
Mufradah paling berpengaruh dibidang farmakologi. Sebahagian karya ini diterjemahkan ke
dalam bahasa Latin, Perancis dan Jerman. Di kota besar seperti Cordava, Baghdad, Kaherah
dan Fez terdapat beberapa taman bunga yang cantik dan indah, menurut Sarton pencapaian
umat Islam jauh lebih dari bangsa Yunani.
Asma’i dari Basrah (739-783 M) telah menulis beberapa buah buku seperti “Kitab al-Ibil, Kitab al-
Khail, Kitab al-Wuhusy, Kitab al-Sya’ (mengenai biologi haiwan) dan Kitab al-Khalq al-Insan”
yang terakhir mendedahkan mengenai anatomi manusia. Al-Jahiz telah mengkaji lebih dari 350
jenis haiwan, dan menghasilkan “Kitab al-Hayawan”. Kitab ini menyentuh tentang psikologi
haiwan, persaingan antara haiwan-haiwan untuk kehidupan dan adaptasi kepada alam sekitar .
Al-Damiri telah menghasilkan “Hayat al-Hayawan” dan dicetak beberapa kali di Kaherah,
sebahagiannya diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh A.S.G. Jayakar.

FIZIK
Para saintis Muslim telah mengkaji dengan mendalam tentang masalah2 asas fizik seperti
fenomena tenaga (force), daya (power), gerakan (motion) graviti, kekosongan (vacuum), cahaya,
bunyi (sound had laju dan sebagainya. Konsep fizik walaupun dipengaruhi orang Yunani
sebenarnya diperolehi dan digarap dari mafhum ayat al-Quran yang bermaksud:

“ Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah (atom) di
bumi ataupun di langit. Tidak pula yang lebih kecil dan tidak yang lebih besar
dari itu melainkan (semua tercatat ) dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz)”
( Surah Yunus: 61)
Pencapaian fizik Islam dapat dilihat dari tiga sudut iaitu pencapaian dalam fizik teori, penciptaan
alat dan peralatan serta penulisan buku dan risalah-risalah fizik (Ahmad Fauzi Morad, 1997:122)
Perkembangan fizik teori semasa tamadun Islam telah dilakukan oleh beberapa golongan.
Golongan yang terkenal ialah ahli-ahli falsafah pripatetik, ahli teologi dan ahli gnostik. Seorang
ahli falsafah Turki telah mengkaji tentang bunyi dalam muzik dalam sebutan gelombang udara.
Ibnu Sina telah mengkaji perkara berkenaan halaju bunyi dan cahaya seperti terdapat dalam
bukunya al-Syifa.
Al-Biruni (973-1048M) seorang pengkritik yang kuat menentang fizik Aristotles. Beliau banyak
mengkritik tentang landasan asas fizik Aristotle seperti hipomorfisma, tempat tabei bagi objek di
bumi. Beliau menyangkal kewujudan vakum berdasarkan pemaakulan, cerapan femonmenon
tabei dan juga eksperimen. Ketika hidupnya beliau banyak membincangkan dan menganalisis
dengan dalamnya akan konsep asas fizik seperti graviti , jirim dan ruang dan gerakan bumi. Abu
Barakbah telah mengkaji masalah pecutan jasad terjatuh dan terluncur. Beliau juga telah
memikirkan konsep masa dari sudut lain dengan menimbangkannya sebagai sesuatu yang
berhubung dengan sesuatu proses yang akan berlaku dari gerakan translasi sahaja.
Suhrahwadi telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Beliau menyatakan alam dan planet
adalah tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Ini tidak asing dari hukum graviti semesta.
Eksperimen untuk menentukan gerakan lurus linear bagi cahaya, sifat bayang-bayang,
penggunaan kanta dan mengkaji secara matematik tentang fenomena penting dalam optik.
Dalam kitabnya yang boleh diterjemah sebagai ritis fizik, beliau telah menulis tentang kajian
lanjutannya berkenaan dengan hukum pantulan dari permukaan satah ke permukaan cekung
parabola. Teori Muslim yang kekal digunakan hingga ke hari ini seperti teori Ibn Haitham yang
mengemukakan bahawa cahaya terpancar dan melantun menghasilkan sudut yang sama secara
normal pada permukaan yang melantun cahaya itu dan jenis cahaya yang berlainan bergerak
secara lurus.

KIMIA

Ilmu kimia sering ditakrifkan sebagai suatu ilmu berkenaan dengan penukaran sesuatu benda
kepada benda lain, khasnya penukaran logam murah kepada perak atau emas atau sebagainya
yang lebih berharga. Bidang kimia yang di pelopori orang Islam mencapai kemuncaknya dengan penulisan yang kemudiannya ditambah lagi oleh penuntut-penuntutnya yang menulis mengikut
doktrin Jabir. Himpunan hasil penulisan ini dikenali sebagai “Korpus Jabir”. Di antaranya
termasuklah “Kitab al- Sab’in” dan kitab “al-Mizan” yang merupakan asas kepada Kimia Latin
yang mula berkembang pada abad ke-15M.2 Jabir al-Hayyan mengemukakan kaedah percubaan
sains.
Khalid Ibn Yazid (abad ke-7) merupakan ahli kimia Islam yang paling awal, beliau ialah cucu
Muawiyah, Khalifah Umaiyah yang pertama. Khalid bukan sahaja mengambil langkah
menterjemahkan teks kimia Iskandariah, tetapi beliau sendiri juga menghasilkan penulisan
tentang kimia. Kitab al-Hararat dan wasiat tentang kimia kepada anaknya. Yazid banyak
menghabiskan perbelanjaan untuk menghasilkan emas dan mengadakan peralatannya melalui
ilmu kimia. Antaranya kaedah sejatan, pernyulingan, pemejalwapan, penghabluran, kaedah
oksida logam bakar, percantuman dan turunan. Jabir orang pertama yang mencipta asid galian
seperti HNO3, H2SO4 dan lain-lain. Seorang pengkaji sejarah terkemuka Holmyard, telah
mengesahkan fakta bahawa Jabir adalah pengasas dan bapa kepada kimia moden dan dia
menegaskan kimia ertikata tidak wujud sebelum Jabir.
Pada awal abad ke-9M, Uthman Ibn Suwayd dari Ahkim, Mesir telah menghasilkan kitab “Mushaf
al-Jamaah” iaitu sebuah teks kimia latin yang begitu popular pada abad pertengahan dan zaman
Renaissance. Ahli Sufi Mesir Dzul al-Nun al-Masri, al-Junid dan al-Hallaj juga menulis tentang
kimia. Al-Kindi (875M) membuat beberapa pengujian tentang suhu dan kondensasi. Dalam
bukunya berkenaan kimia pewangi dan penyulingan, al-Kindi menerangkan proses-proses
pengeluaran pewangi tiruan. Utarid Ibn Muhammad al-Hasib pula menyusun kitab “Manafi al-
Ahjar” yang membicarakan berkenaan dengan sifat-sifat logam.
Muhammad Abu Zakariyya al-Razi (865-925M), menghasilkan “Kitab al-Asrar” dan “kitab Sirr al-
Asrar” serta “al-Madkhal al-Thalim” yang masih digunakan oleh para ahli kimia terkemudian
kerana al-Razi masih mengekalkan bahasa simbol kimia di dalam penulisannya. Sumbangan
terpenting al-Razi termasuklah pengkelasan benda-benda kepada logam, tumbuh-tumbuhan dan
haiwan. Beliau juga memberikan penerangan yang lebih teliti tentang proses pemejalwapan,
penyulingan, penghabluran, penurasan dan sebagainya. Al-Razi juga menerangkan berbagai alat
radas pegujian kimia seperti bikar, kelalang, lampu nafta, relau pelebur, dan berbagai lagi.
Perjumpaan dan penerangan proses pengasingan dan penceraian ini adalah sangat penting
kerana tanpa pengetahuan kepada proses ini adalah amat sukar untuk menyediakan bahan bagi
sesuatu pengujian. Al-Marrakusyi dari Magrib menulis proses kimia dalam bentuk mimpi dalam
Risalat al-Ruhawiyat.

cepat dalam abad ke-8 dengan kemunculan Jabir Ibn Hayyan. Beliau menghasilkan banyak
Berikutnya, dalam abad ke-16M. Bel-Mughus al-Maghribi menghasilkan satu penulisan pendek
tentang sejarah kimia dari zaman Nabi Adam hingga kepada zaman Nabi Muhammad S.A.W
untuk menunjukkan bahawa kimia merupakan ilmu warisan yang diwahyukan. Di Andalus juga
terdapat beberapa ramai ahli kimia Islam antaranya Jabir Ibn Aflah. Antara sumbangan beliau di
dalam ilmu fizik ialah menemukan asid sulfurik, asid nitrik dan nitro muriatik. ,Abbas Ibn Firnas
telah memperkenalkan teknik membuat kaca, dan lain-lain. Dapat disimpulkan bahawa namanama
besar seperti Uthman ibnu Suwayd, Dhuil-Num al-Masri, al-Kindi dan al-Razi adalah insan
berjaya dalam kajian kimia.

PERUBATAN
Mengikut sejarah ilmu perubatan dan pembedahan telah bertunas di Mesir kira-kira tahun 3200
S.M. Sejarah perubatan Arab mencatatkan Harith ibnu Kaladan sebagai seorang pertama
menerima pendidikan daripada Judishapur. Islam telah berjaya melahirkan ramai sarjana yang
pakar dan tokoh yang memberi sumbangan dalam ilmu perubatan.
Antara mereka termasuklah Jabir Ibn Hayyan (721-776 T.M), antara karyanya termasuklah Kitab
al-Rahman dan Kitab al-Tajmik, Zakaria al-Razi (865-925M) yang menghasilkan “Kitab al-Hawi”,
al-Kindi (Abu Yusof ibnu Ishaq) buku beliau tentang perubatan telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Latin bertajuk “The Books of Optics”, Ammar bin Ali yang menulis “Kitab al-Muntakhab”,
Ibn Sina (al-Qanun fi al-Tibb), Ali Ibnu Abbas al-Majusi (al-Maliki), Ali al-Tabari (Firdaus al-
Hikmah), Ibnu Rusyd (al-Kuliyah), al-Baitar yang merupakan pakar terulung dalam ilmu surgeri
dan Thabit ibnu Qurran yang terlibat menterjemahkan buku bahasa Yunani dan Siria ke dalam
bahasa Arab.
Di Baghdad cabang ilmu pengetahuan yang pertama sekali dikaji ialah ilmu kedoktoran dan
perubatan. Rumah-rumah sakit banyak dibina oleh sarjana Islam. Khalifah Harun al-Rashid
(170H/786M – 193H/809M) mendirikan rumah-rumah sakit (Bimaristan) di seluruh negara.
Rumah-rumah sakit di Kaherah pada zaman Ibn Tulun telah diasingkan wad lelaki dan wanita.
Khalifah Umar Bin Abdul Aziz pula membina hospital khas untuk merawat pesakit-pesakit kusta.
Yuhana Ibn Musawaih telah melakukan kajian mengenai anotomi tubuh manusia. Oleh kerana
pembedahan mayat belum lagi dilakukan, beliau melakukan kajian dengan membedah seekor
monyet. Dengan pembedahan monyet itu ilmu anatomi mata telah berkembang dengan pesat.
Beliau juga turut menghasilkan buku yang bertajuk “al-Asr Maqalat fi al-Ain” yang merupakan
kitab tertua yang ditulis secara bersistematik menerangkan kaedah tentang oftalmologi.
Ibn al-Nafis, adalah seorang doktor dan pakar bedah. Beliau telah menghasilkan teknik
pembedahan dan perawatan selepas pembedahan. Dalam kajiannya, beliau mendapati darah
beredar antara jantung dengan paru-paru. Kajian ini membetulkan kesilapan teori Galen Yunani

Al-Nadhr telah mempelajari ilmu perubatan dari bapanya al-Harith (meninggal 23H), beliau telah
membuat pil-pil yang digunakan untuk merawat penyakit kuning. Di antara pakar bedah Islam
terkenal ialah al-Zahrawi (936-1013M) dikenali di Eropah dengan panggilan Abulcasis merupakan
pengarang “Kitab al-Tasrif” (juga dikenali sebagai Kitab al-Zahrawi) dan Ibnu al-Quff (1233-
1286M) pengarang “Kitab al-Umbda”. Mereka telah menggunakan pelbagai peralatan surgeri
rekaan sendiri dan telah mendiskripsikan ilmu ini dengan jelas hinggakan karya-karya
mereka dijadikan buku teks di Eropah untuk beberapa abad lamanya.

KLINIK DAN HOSPITAL

Pada zaman silam tiada beza antara klinik dan hospital. Hospital bermula dengan bilik khas yang
menempatkan orang buta dan melarat. Hospital umum yang terawal dibina di bandar Leon,
Perancis pada 542M. Sistem hospital tidak pernah dikenali dalam masyarakat Arab Jahiliah.
Dalam Islam, ia bermula dalam Perang Khandak apabila Rasulullah mendirikan khemah bagi
perawatan di Masji Madinah. Hospital pertama dalam sejarah Islam dibina oleh al-Walid Ibn al-
Malik (706M) dan mengarahkan supaya pesakit kusta diasingkan daripada pesakit lain. Hospital
bergerak juga telah wujud dalam sejarah Islam dan mula ditubuhkan oleh ‘Ali bin Isa al-Jarrah
(320M).

No comments:

Post a Comment