Thursday, December 1, 2011

TOKOH-TOKOH KESARJANAAN SAINS ISLAM 4

AL-BUZJANI (998M)
PAKAR GEOMETRI
Muhammad Ibn Muhammad Ibn Yahya Ibn Ismail Ibn al-Abbas al-Buzanji. Lahir di Buzjan pada
940M. Belaja matematik dan geometri daripada bap2 saudaranya Abu ‘Amru al-Mughazili dan
Abu Abdullah Muhammad Ibn ‘Anbasah. Guru2 lain termasuklah Abu Yahya al-Mawardi atau Ibn
Karnib. Berpindah ke Iraq pada 959M dan terkenal sebagai guru. Rapat dengan Abu Ubaidillah
al-Husain Ibn Ahmad Ibn Sa’don yang merupakan menteri kepada Syams al-Dulah Ibn ‘Adhd al-
Daulah al-Buwaihi. Menonjolkan kehebatan Abu Haiyan al-Tauhidi kepada Ibn Sa’d. Hidup
sederhana hingga akhir hayat. Menguasai ilmu geometri dan mampu beri pandangan baru yang
menarik. Karya yang banyak termasuk ilmu hisab, falak dan ulasan buku Khaarizmi tentang
algebra. Memberi sumbangan terutama dalam teori2 geometri dan menghubungkan algebra
dengan geometri. Merintis bidang pengajian geometri analisis. Kurang berjaya dalam ilmu falak.
Ada kata-kata indah mengenai hidup dan masyarakat.

IBN YUNUS (1009M)
PAKAR ASTRONOMI
Ibn Yunus atau nama sebenarnya Abu al-Hassan Ali Ibn Abdul Rahman Ibn Ahmad Ibn Yunus
Ibn Abdul A’la al-Sadafi. Hubungan yang rapat dengan kerajaan Fatimiah, Khalifah al-Aziz
meminta beliau melukis rajah bergerak cakerawala untuk kegunaan baginda dan membina pusat
kaji bintang di Kaherah selama setahun lebih. Juga mahir ilmu sastera selain ilmu falak. Antara
karyanya, al-Ziji al-Hakimi al-Kabir yang menjelaskan segala teori dan praktisan. Memperkatakan
teori2 perjalanan cakerawala oleh sarjana terdahulu dan sezaman dengannya. Turut mereka batu
jam.

AL-KARKHI(1029M)
PAKAR MATEMATIK
Asalnya, ilmu kira-kira dianggap tidak penting tetapi setelah kemajuan mula dikecapi, pandangan
itu berubah. Kaedah pengiraan angka India dipopularkan. Orang Eropah menganggap itu ialah
angka Arab manakala orang Arab menganggap itu ialah angka India. Tokoh dalam bidang ini
ialah al-Karkhi yang nama penuhnya Fakrud-Din Abu Bakr Muhammad Ibn al-Hassan al-Hasib.
Sekurang2nya tiga karya beliau yang masyhur- al-Kafi(ilmu hisab), al-Fakhri& al-Badi’(algebra).
Pandagannya dalam algebra banyak berasaskan pandangan al-Khawarizmi Cuma
memperbaharui pengendalian dalam pengiraan. Pendapatnya, ada kelemahan dalam penulisan
lama dan tidak dapat menjamin kefahaman. Beliau lebih suka menggunakan huruf untuk
menyebut angka kerana lebih sukakan kaedah Yunani berbanding India.

IBN MASKAWAIH (1030M)
SARJANA SERBA BOLEH
Dengan kedudukan sebagai pustakawan di Perpustakaan Malik ‘Adhdud Daulah, beliau dikenali
sebagai “al-Khazin”. Nama penuh ialah Abu Ali Ahmad Ibn Muhammmad Ibn Ya’kub Ibn
Maskawaih. Lahir pada 941M, meninggal pada 1030M. Seorang doktor yang ulung dan
berkepakaran tinggi. Ahli sejarah berkemampuan tinggi, sarjana ilmu akhlak yang mahir dan
berpengetahuan luas dalam bidang bahasa, sastera dan ilmu-ilmu klasik. Buku-buku beliau ialah-
Uns al-Farid, Tajarub al-Umam (sejarah), kitab al-Tabikh (makanan) dan al-Asyribah (minuman).
Juga, kitab al-Adwiah al-Mufradah (ubat2an), kitab al-Fauz al-Saghir (metafizik). Pendapatnya,
setiap perkara di dunia ada peranannya bersama. Kemuncak akhlak ialah lahirnya perbuatan
baik secara teratur. Anak-anak perlu dilatih sejak kecil supaya nilai-nilai murni tertanam dalam
jiwa mereka.

IBN SINA (1037M)
TOKOH SERBA BOLEH
Umat Islam di waktu kebangkitan Islam cuba untuk melengkapkan diri dengan lebih daripada
satu bidang ilmu sebagaimana yang saranan Islam sendiri. Salah seorang yang berjaya berbuat
demikian ialah Abu Ali al-Husain Ibn Abdullah Ibn Sina atau lebih dikenali sebagai Ibn Sina.
Bukan setakat ahli perubatan kelas pertama malah ahli sains dan falsafah. Ahli politik dan
kemasyarakatan yang lincah dan berkaliber. Lahir di Bukhara pada (980M), dalam sebuah
keluarga berada. Di sanalah beliau mendalami bidang bahasa dan sastera. Setelah menguasai
ilmu itu, beliau mula berminat dengan ilmu akal di usia 20 tahun. Mempelajari logik, geometri dan
buku Almagest daripada Abu Abdullah al-Natali, rakan bapanya. Kemudian, belajar ilmu sains,
fiqh dan perubatan daripada guru yang berlainan. Mendapat pencapaian yang tinggi dalam ilmu
perubatan dan mengajar para doktor untuk menambahkan ilmu mereka. Memperoleh

penghormatan setelah berjaya merawati Putera Nuh Ibn Nas al-Samani dengan dibenarkan
menggunakan perpustakaan istana yang kaya dengan buku yang sukar diperolehi dan mendapat
ilmu yang banyak dari situ. Kelayakan membolehkannya menerima gelaran Mahaguru Pertama
(al-Syaikh al-Ra’is). Memilih aliran al-Farabi dalam bidang falsafah dan mengatasinya dalam
penyusunan ilmu falsafah dan sains Islam. Digelar guru ketiga dalam ilmu logik kerana
cemerlang. Begitu juga dalam syair, prosa, matematik, falak dan muzik. Menghasilkan buku2
seperti al-Qanun dan al-Najah. Beliau berpendapat, ilmu matematik boleh digunakan untuk
mengenal Tuhan. Percaya bahawa tanpa tubuh yang tahan, ubat pun tidak berguna.

IBN AL-HAITHAM (1021M)
SARJANA SAINS DAN FALSAFAH
Sarjana yang menguasai ilmu falsafah dan sains antaranya ialah Abu Ali Muhammad Ibn al-
Hasan Ibn al-Haitham, lahir di Basrah pada tahun 965m, meninggal di Mesir pada 1039M.
Memulakan hidup di Basrah dengan bekerja sambil belajar. Setelah beberapa lama menjadi
pegawai pemerintah di sana, beliau memutuskan untuk menumpukan perhatian kepada
pengajian dan penulisan. Pernah tinggal di Mesir dan mengkritik aliran sungai Nil hingga
mendapat perhatian serius pemerintah Mesir. Menjelajah jauh ke Aswan untuk menyelidik sungai
itu. Faedah diperoleh di Universiti al-Azhar apabila dapat menyalin buku matematik dan falak.
Dikenali sebagai seorang yang teliti dan berhati-hati. Menulis tentang berbagai ilmu sains dan
sastera. Banyak daripadanya adalah dalam bentuk risalah dan makalah. Berpendapat yang
kebenaran hanyalah satu. Antara usaha beliau yang masyhur ialah kajian tentang optik dan
penglihatan.

AL-BIRUNI(1050M)
TOKOH DALAM BANYAK BIDANG
Al-Biruni yang berbangsa Parsi ini melakukan sesuatu yang sangat jarang dilakukan orang lain
iaitu menguasai bahasa Sanskrit yang asing bagi orang Timur Tengah ketika berada di India
sewaktu pemerintahan Sultan Mahmood Ghaznawi. Nama penuh al-Biruni ialah Abu al-Raihan
Muhammad Ibn Ahmad al-Biruni. Dilahirkan di Birun, Turkistan pada tahun 937M, meninggal
pada tahun 1050M di India. Dengan ilmu yang diperolehi daripada Abu Nasr Mansur Ibn Ali Ibn
Iraqin beliau berutus surat dengan Ibn Sina. Gemar merantau menambahkan pengalamannya.
Ditawan oleh Sultan Mahmood dan sentiasa mengiringi baginda dalam peperangan.
Pengetahuan yang dalam mengenai falsafah Yunai dan juga bagus dalam bahasa Hebrew dan
Syria. Sumbangannya yang utama ialah mencipta penggunaan angka2 India menggunakan
angka kosong. Menyelesaikan berbagai2 persoalan matematik dan geometri. Berjaya
menentukan garis bujur dan lintang bumi serta pergerakan cahaya jauh lebih laju daripada
pergerakan bumi. Al-Biruni, seorang yang menguasai ilmu Timur dan Eropah.

NASIRUDDIN AL-TUSI (1274M)
SARJANA DAN AHLI POLITIK
Perubahan politik dalam dunia Islam tidak menyekat perkembangan ilmu. Meskipun penulisan
kreatif banyak terjejas kerana kekacauan politik, penyelidikan dan penulisan ilmiah masih
berjalan baik. Nasiruddin al-Tusi, keturunan Parsi mencapai kecemerlangan pada waktu itu.
Nama penuh- Abu Ja’far Muhammad Ibn Muhammad al-Hassan. Lahir di Tus, Iran pada 1201M.
Beliau turut serta dalam gerakan memeperluaskan jajahan takluk oleh Hulagu. Menetap di
Baghdad sehingga meninggal dunia pada 1274M, dikebumikan di Masyhad al-Kazimiyah.
Mewariskan kitab hasil penulisan dalam bidang geometri, fizik. Algebra dan falak. Juga karya
keagamaan berkaitan akidah dan hukum. Kepakaran utama adalah bidang astronomi,
menghasilkan banyak teori. Hulagu membina pusat kaji bintang yangbesar bagi mengiktiraf
kemahiran beliau. Beliau dapat memperoleh kejayaan walaupun lahir ketika politik mengalami
pergolakan.
IBN AL-NAFIS (1288M)
PAKAR PERUBATAN YANG MEMILIKI ILMU PENGETAHUAN YANG LUAS
Ibn al-Nafis banyak memberi sumbangan kepada pembangunan dalam perubatan. Nama penuh
beliau ialah ‘Ala’uddin Abu al-Hasan Ibn Abi al-Hazam al-Qurasyi, seorang Arab keturunan
Quraisy. Lahir di bandar Damsyik pada 1210M. Berguru dengan ramai ahli perubatan, termasuk
al-Syeikh Radhiuddin Abu al-Hajjaj Yusuf Ibn Hidrah al-Rahibi. Beliau berpindah ke Kaherah
bersama2 Maufiquddin Abu al-Abbas Ahmad Ibn al-Qasim atau Ibn Abi Usaiba’ah dan bekerja di
Hospital al-Nasiri. Beliau menjadi pengarah hospital manakala rakannya itu menjadi ahli
perubatan mata. Meniggal di Damsyik apda 1288M. Beliau juga mendalami ilmu2 bahasa, fiqh,
falsafah dan ilmu kalam. Ada yang menyamakan beliau dengan Ibn Sina tetapi beliau lebih pakar
dalam pembedahan. Berminat dengan pembedahan jantung dan kerongkong kerana percya ada
kaitan antara pernafasan dan degupan jantung. Saranan beliau ialah memanfaatkan binatang
sebagai cara untuk mempelajari struktur tubuh manusia. Telah menghasilkan banyak penulisan
tetapi kebanyakannya telah hilang.

No comments:

Post a Comment