Thursday, December 1, 2011

TOKOH-TOKOH KESARJANAAN SAINS ISLAM 5

SARJANA ISLAM ZAMAN PERMULAAN DI ANDALUS

Kedatangan Islam di Sepanyol mencorakkan masyarakat di situ bukan sahaja di kalangan
penganut Islam malah penganut2 Kristian. Tidak banyak warisan karya yang kita perolehi,
banyak sebab yang boleh dikaitkan. Umat Islam Andalus berminat dengan ilmu di Timur dan
mempelajarinya maka sebab itulah mereka tidak mencipta sesuatu yang tersendiri. Pengajian
dalam matematik, sains dan falak menampakkan hasil di sana pada abad ke-4 , beberapa nama
disebut oleh sejarah. Antaranya ialah tokoh matematik dan astronomi, Abu al-Qasim Musalmah
Ibn Muhammad atau al-Majriti. Menjalankan penyelidikan angkasa lepas dan meringkaskan buku

al-Battani tentang cakerawala. Ahli perubatan dan farmasi pula ialah Abu Ja’far Ahmad Ibn
Ibrahim al-Qirwani atau Ibn al-Jazzar. Pakar bedah yang masyhur, Abu al-Qasim Khalaf al-
Zahrawi. Abu al-Qasim Asbugh Ibn Muhammad Ibn al-Samah al-Gharnati juga cemerlang dalam
ilmu yang sama selain matematik dan falak. Abu al-Qasim Sa’id Ibn Ahmad al-Tulaiti disebut
pakar ilmu falak, menulis buku Islah Harakat al-Nujum.satu lagi ialah sarjana yang mahir ilmu
perubatan, pembedahan dan geometri serta minat yang tinggi dalm falsafah ialah Abu al-Hakam
Amru Ibn Abdur-Rahman al-Karmani. Antara yang mahir dalam perubatan ialah Abu al-Mutarraf
Abdul-Rahman Ibn Muhammad atau Ibn Wafid al-Lakhmi menyatakan bahawa ubat tidak
diperlukan selagi sistem diet boleh diamalkan. Tokoh matematik pula ialah Ibrahim Yahya al-
Naqqasy al-Qurtubi, terkenal dengan al-Zarqali. Hasil penulisan beliau tentang pergerakan
cakerawala dianggap paling maju waktu itu. Kesarjanaan di bahagian barat negara Islam agak
lembap namun tetap boleh dibanggakan.

ABU AL-SULT IBN ABDUL AZIZ (1134M)
SASTERAWAN SERBA BOLEH
Lahir di Daniat, Andalus timur(1067M), mendapat pendidikan awal di sana. Antara guru beliau,
Abu al-Walid al-Waqsyi(1095M) yang pakar dalam ilmu bahasa. Sangat mahir dalam ilmu2 logik,
falsafah, matematik, falak dan muzik, namun lebih terkenal sebagai sasterawan berikutan
menjadikan sastera sebagai sumber rezeki. Kedatangan orang2 al-Murabitun menutup rezeki
penyair dengan menghapuskan istana yang menjadi tempat penyair mencari rezeki. Maka, beliau
pun meninggalkan Andalus dan berhijrah ke
Mesir pada tahun 489H. Salah faham dengan penguasa di sana membuatkannya tidak boleh
tinggal lebih lama dan berpindah ke Tunisia. Mencari rezeki dengan memuji2 Raja Afrika Barat
melalui syair2nya. Antara karyanya termasuklah Hadiqah al-Adab, al-Mulah al-Asriyah dan al-
Risalah al-Misriyah. Juga menghasilkan buku perubatan, falak dan logik.

IBN AL-SAYID AL-BATALYAUSI (1127M)
SASTERAWAN DAN AHLI FALSAFAH
Antara tokoh terkemuka di Andalus pada abad ke-6 Hijrah ialah Abu Muhammad Abdullah Ibn al-
Sayid, berasal dari Seville, Portugal. Lahir pada tahun 1052M di Batalyausa. Pernah tinggal di
Valencia dan menjadi guru yang sangat dihormati. Terkenal sebagai ahli bahasa, sasterawan dan
ahli falsafah. Antara karya beliau ialah al-Muthlath, mengandungi perbincangan menarik tentang
bahasa menunjukkan beliau sangat arif mengenai bahasa. Juag ada buku untuk mereka yang
ingin mendalami penulisan iaitu al-Iqtizhab fi Syarh Adab al-Kuttab. Melalui buku syair beliau, kita
dapat melihat bahawa beliau ialah seorang yang mahir berfalsafah.

IBN BAJJAH (1138M)
DOKTOR, SASTERAWAN DAN PEMUZIK AGUNG
Ibn Bajjah lahir di Saragossa pada tahun 1082M. Hidup dan bergiat sebagai penyair bagi
golongan al-Murabbitin pimpinan Abu Bakr Ibrahim Ibn Tawalfit. Dilantik menjadi menteri. Raja
Argou menyerang dan beliau meninggalakannya pada tahun 1117M. Singgah di Valencia dan
kemudian menetap di Seville dan mengamalkan ilmu kedoktoran dan ilmu logik. Meninggal dunia
setelah diracuni akibat hasad dengki orang2 Morocco. Sasterawan unggul, ahli bahasa dan hafiz
al-Qur’an, juga mahir perubatan, pemain gambus yang baik, berkemampuan dalam falsafah.
Mewariskan buku Risalah al-Wida’ yang mengandungi pandangannya tentang falsafah kepada
tamadun manusia. Karya2 beliau yang lain berkenaan ilmu logik, psikologi, pemikiran, keturunan,
politik dan perubatan. Namun, beliau mempunyai masalah menyelesaikan masalah dalam ilmu2
algebra dan fizik kerana lebih mahir dalam hal2 metafizik. Beliau bagaimanapun tidak setuju
dengan pendapat Aristotle iaitu negara sepatutnya ada satu sahaja dan hidup harmoni.

IBN TUFAIL(1185M)
AHLI FALSAFAH, HUKUM DAN POLITIK
Dilahirkan lembah Asya, dekat Granada pada 1106M. Menghabiskan sebahagian besar hidupnya
dengan perubatan sehingga menjadi menteri. Menjadi pemerintah negeri Morocco yang disegani.
Pandai bergaul dan menceburkan diri dalam pendidikan, perubatan, pengadilan dan politik. Kita
hanya menerima satu sahaja bukunya iaitu Hay Ibn Yaqzan yang menerangkan satu falsafah
dalam diri manusia. Dapat menerima Ibn Sina dan Ibn Bajjah dengan baik tetapi kritis terhadap
penulisan terdahulu jadi beliau dapat membuat perbandingan. Buku itui menunjukkan bagaimana
beliau menganalisis hubungan antara manusia, akal dan Tuhan. Beliau membuat huraian dan
cara2 masalah2 itu. Dalam fizik, diterangkan ada 3 cara kepanasan boleh terjadi iaitu pergerakan,
geseran dan pencahayaan. Dalam metafizik, beliau menerangkan bahawa alam in baru dan
berpenghujung.

IBN RUSYD (1194M)
KEMUNCAK PEMIKIRAN ABAD PERTENGAHAN
Kemuncaknya ialah apabila kelahiran Ibn Rusyd sebagai tokoh falsafah paling agung dalam
Islam dan sangat berpengaruh dalam pemikiran Eropah. Nama penuh- Abu al-Walid Muhammad
Ibn Ahmad Ibn Muhammad Ibn Ahmad Ibn Rusyd. Lahir pada 1127M di Cordoba dalam sebuah
keluarga ternama dalam keilmuan. Mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Islam
Muwahhidin. Menulis buku dalam bidang perubatan iaitu al-Kulliyah dan al-Taisir. Kemuncak
hubungan baik ini ialah perlantikannya menjadi hakim di Seville pada 1169M dan menjadi hakim
di Cordoba 2 tahun kemudian. Selepas itu, bertugas sebagi doktor berkedudukan tinggi di
istana.nasib yang kurang baik menyebabkan beliau dibuang daerah dan disisih masyarakat Cordoba. Kesilapan yang dibuat oleh khalifah itu dikesali dan cuba diperbaiki namun terlambat
kerana Ibn Rusyd meninggal dunia tidak lama selepas itu. Hasil tulisan yang merangkumi bnyak
bidang ditinggalkan kepada kita. Falsafah beliau banyak berkenaan metafizik dan ketuhanan.
Dalam perubatan, menumpukan perhatian dalam pembedahan dan fungsi organ. Beliau juga
berpendapat manusia terbahagi kepada dua kumpulan iaitu elit dan biasa. Elit bermaksud ahli
falsafah.

IBN KHALDUN (1406M)
PENGASAS ILMU MASYARAKAT
Nama penuh-Waliud-Din Abu Zaid Abdur-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khalid Ibn al-Khattab.
Lahir dalam keluarga politik di Tunisia pada tahun 1332H. Ayahnya seorang pemerintah tentera,
ulama’ dan ahli bahasa. Mula belajar al-Qur’an daripada ayahnya dan belajar tafsir, Hadith, fiqh,
bahasa dan sastera. Setelah umur 16 tahun, mula belajar ilmu logik dan falsafah. Menjalin
hubungan rapat dengan keluarga pemerintah Morocco pada 1347M. Dipilih sebagai duta ke
Castille untuk mengadakan perjanjian damai dengan Frederick 4. mengasingkan diri ke tanah
perkuburan di Timur Telemsan selama 4 tahun dan menulis buku yang sangat terkenal iaitu
Muqaddimah. Pulang ke Tunisia pada tahun 1378M. 1382M, menerima jawatan hakim di Mesir
dan menumpukan perhatian dalam pengajaran. Meninggal dunia pada 1406M di Kaherah.
Pernah menulis buku dalam banyak bidang. Buku Muqaddimah Ibn Khaldun membincangkan
tamadun manusia, geografi, pembangunan yang luas dan keadaan semasa masyarakat.
Pengalaman yang diperoleh sewaktu merantau menjadikan dirinya seorang yang berwibawa.
Pengasas dan penyumbang besar dalam ilmu kemasyarakatan. Begitu juga pendidikan,
pendapatnya ialah layanan kasar terhadap pelajar memberi kesan negatif dalam usaha
menyampaikan ilmu pengetahuan.

No comments:

Post a Comment