Sunday, April 12, 2020

Cara masak megi resipi sendiri

Setelah beberapa minggu lock down seluruh dunia kekadang membuatkan aku lapar yang teramat sangat .Jadi setelah fikirkan menu apa yang sesuai untuk dimakan tetiba teringat maggi kari kebetulan memang aku dah lama tak makan maggi ni (Yeah antu megi).Resipi mudah je dengan menggunakan bawang putih,merah,sayur kangkung dan memang aku tak tumis guna minyak takut kolesterol naik hehe.Sila lihat video yang aku buat untuk lebih lanjut..





#maggicurry
#stayathome
#malaysia







Friday, April 3, 2020

Paranormal Timah Tasoh



Siapa yang pernah g Timah Tasoh tempat empangan besar di negeri Perlis.Mempunyai pemandangan cantik tapi time malam memang sunyi jalannya.Nak dijadikan cerita malam tu 11 Februari 2020 aku dan membe Khairi dalam perjalanan pulang balik dari Padang Besar lepas makan Kuetiau,sebelum tu dok cerita kisah seram yang terdapat dekat belakang Tasoh Lake Resort sebab terdapat kubur lama dekat situ.Tanpa membuang kami terjah ke tempat tersebut untuk melakukan Paranormal disitu walaupun x lengkap peralatan..

Ini antara gambar yang diambil ketika sesi tersebut:








                                                    Kucing tetiba menjadi peneman







                                                     Video ketika masuk kawasan kubur lama



#seramperlis
#timahtasoh
#empangantimahtasoh

Sunday, July 21, 2019

Senarai kedai roti canai di Perlis

Antara lokasi roti canai di Perlis. Nahh, peminat roti canai boleh pi terjah esok pagi.

Kredit : Makan-Makan Perlis

1. Lan Roti Canai, Telok Kacang
2. Roti Canai Shidi, Pokok Jawi, jalan menghala ke Batu Pahat
3. Jalan masuk ke Kok Mak
4. Kedai Din sebelum pejabat SUK
5. BRC Roti Canai, Beseri Dalam
6. Man Roti, tepi Masjid Kg Paya
7. Tepi Balai Bomba Arau
8. Depan kilang CIMA, Simpang Tiga jalan masuk Kg Panggas
9. Roti Canai Pak Su dalam UiTM Arau
10. Kedai Chee, Pauh
11. Roti Canai Al-Sagoff, Jejawi
12. Tepi Bernas simpang
13. Roti Canai Pak Daud, Jejwai
14. Roti Canai dalam Nat Baruh Santan
15. Roti Canai dekat Sek Ren Kubang Gajah
16. Simpang Empat, bertentangan Klinik Kesihatan Simpang Empat
17. Roti Canai Aman Jiwa, Jalan Tok Kuning
18. Medan Selera Kangar
19. SRC, Sg Seran, Jalan Sg Batu Pahat
20. Roti Canai Power sebelah Capati Arau
21. Roti Canai 5 kupang depan Fama Bohor Temak
22. Roti Canai Kak Aishah Hamid, depan Penjara Guar Nangka
23. Roti Canai berhadapan kedai aksesori kereta Save Cost Seriab
24. Roti Canai Faezah, Jalan Padang Siding
25. Belakang KC Ceria
26. Roti Canai ZRC Zaini, Ladang Tebu Felda Chuping
27. Roti Canai Wak Mata Ayaq
28. Warung Che Ta, Kg Rambai
29. Roti Canai Pak Uda sebelah Pos Mata Ayaq
30. Desa Utara, Seriab
31. Din Roti Canai di Trafik Light Jalan Bintong
32. Depan Taman Kemajuan
33. Roti Canai Don Corner, Kuala Perlis
34. Roti Canai terbang Balai Baru
35. Depan Kilang Padi Dibok, Behor Latih
36. Roti Canai Alor Tampang, sebelah KEMAS
37. Roti Canai Kedai Minah Batu Dua
38. Roti Canai Pak Din, K Perlis depan Poliklinik Penawar
39. Roti Canai Pak Daud, Jejawi sebelum Trafik Light menghala ke JPJ
40. Kedai Mamak, Stesen Bas Ekspres
41. Pak Ibrahim dekat tepi Makam Diraja
42. Kdai Pak Laaaaaa belakang istana
43. Roti Canai Mydin Jalan Bintong
44. Pak The Roti Canai depan KPJ
45. Roti Canai sebelah PERKIM tepi SK Stella Maris
46. Berhadapan Masjid Repoh
47. Kedai Roti Canai Depan Pasaraya Taman Sri Wang
48. Kedai Pak Cot RPA Arau
49. Roti Canai selepas kedai Car Wash Automatik Seriab
50. Depan RPA Bukit Keteri
51. Nasi Kandaq Pokok Petai, Pekan Mata Ayaq
52.Roti canai *cik nah* bt5 jln kuala perlis

#RotiCanai #Perlis #Malaysia #JJCM

Monday, March 26, 2018

Petua Almarhum Tuan Guru Dato Haron Din

Kene simpan ilmu ni baik2...

 Orangnya pun dah takda lagi...

 (AlMarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din)

1) - Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.
 -Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
 -Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.

2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
 - Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
 - Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) - Terkena duri kelapa sawit.

Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
 - Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
 - Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
 - InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri

 Surah Al - Baqarah, ayat 102

5 ) Resdung

 - Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
 - Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
 - Setiap kolah masjid, 1 botol.
 - Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
 - Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
 - Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
 - Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
 - Ulang sebanyak 7 kali
 Surah Al - Anbya', ayat 83

6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)

 - Gunakan minyak zaitun
 - Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
 - Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
 Surah At- Taubah ayat 14
 &
 surah Al - Hashr ayat 21

7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita

 - Menggunakan madu asli
 - Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
 - Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
 - Makan 1 sudu sehari
 Surah An -Nahl, ayat 69

8) Angin pasang

 - Menggunakan madu
 - Amalkan ayat- ayat di bawah ini
 -Surah Al - Isra', ayat 82
 Surah Al - Hashr, ayat 21
 Surah Ash - Shua'ra' ayat 70

9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung

 Bahan - bahan :
 - Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
 - Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
 - Buah kelapa (yang berhingus)
 Cara - cara :
 - Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
 - Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
 - Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
 - Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
 - Minum air kelapa yang telah suam.
 *Satu bji kelapa, selang 2 hari.

10) Susah tidur malam

 Surah Al - kahf, ayat 11

11) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi
 Surah - fussilat, ayat 44

12) Merawat histeria

 - Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
 - Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
 *Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
 - As saffat , ayat 7

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

#sekadarbrkongsi

@uKiranHati

Friday, February 23, 2018

Khasiat Buah dan Daun Sukun


Sukun (Artocarpus altilis)merupakan sejenis pokok saka yang dipercayai berasal dari Asia Tenggara dari keluarga Moraceaeseperti juga pokok Nangka danCempedak.


Beberapa jenis sebatian yang ditemui pada daun sukun kering memang efektif untuk mengatasi beberapa jenis penyakit berbahaya.

Dalam satu kajian ditemui sebatian kuat daun sukun kering seperti zat anti inflamasi, riboflavin, asid hidrosianat, asetikolan dan juga tanin. Daun sukun kering juga mengandung zat anti oksidan tinggi dan beberapa jenis mineral lainnya.


Thursday, February 22, 2018

Teknik Recovery selepas aktiviti lasak

Assalammualaikum
Selepas melakukan aktiviti lasak badan kita sememangnya perlukan masa untuk pulih semula.Admin share sedikit sebanyak teknik untuk recover semula tenaga.

1- AIS
Tekap / berendam didalam ais buat dlm 20-30minit....biar musel kita kecut balik...

2-BERENANG
Berenang juga adalah salah satu recovery yg sngat bagus....dia lebih kurang mcm berendam dlm ais....buat lh selama 30-40minit....klau x pandai berenang....jln dlm air pn ok....

3-JOGING
Sehari selepas buat aktiviti seelok elok nya pergi lh berjoging buat dlm 30-40 minit...ini utk mengendurkn urat2 yg tegang dan melembutkan musel yg keras...

4- BERBASIKAL
Bebasikal bagus utk terapi lutut...lagi2 yg injurt...

P/s: sekiranya anda injurt jauhkn drpd segala aktiviti2 lasak....sayangilah badan kita..
SELAMAT MENCUBA

Monday, February 19, 2018

Teknik melepaskan diri jika tangan dipegang

*Teknik melepaskan diri diri jika tangan anda dipegang oleh orang yg tidak dikenali..boleh dipraktikkan. Semoga berhasil*