*Taman Tergantung Babyloon antara sistem tanaman secara hidroponik yang masyur diikuti dengan Tamaddun Aztez di Mexico di mana masyarakat Indian menanam secara terapung di permukaan tasik yang cetek atau lebih dikenali sebagai sistem rakit.
*Marco Polo mencatatkan bahawa terdapat penduduk di negara China menanam secara hidroponik semasa dalam pengembaraannya.
*Dalam Tamaddun Mesir juga terdapat aktiviti penanaman secara hidroponik dijalankan.
Pada 1699, Woodward saintis England telah melakukan kajian menanam dengan menggunakan air sebagai medium, garam mineral dilarutan kedalam air dengan dimasukkan sedikit tanah. Keputusannya pokok tumbuh dengan baik dan tanah yang dicampur didapati tidak berkurang.
Pada 1930an saintis Amerika , Gerice dari Universiti California telah berjaya menanam tomato dengan kaedah hidroponik yang mana tomato tumbuh sehingga 7.5 meter. Perkembangan Teknologi Greenhouse di negara barat telah membantu perkembangan hidroponik, yang mana aktiviti pertanian hidroponik dalam greenhouse dapat dijalankan sepanjang tahun.
Pada awal 70an, saintis England Dr. Allen Cooper telah berjaya memperkenalkan teknik NFT yang merupakan sistem hidroponik terbaik. Dalam kaedah ini larutan baja dari tangki hidroponik dialirkan keakar tanaman dalam palung, larutan ini dikembalikan semula kedalam tangki. Teknik ini telah berkembang selaras dengan perkembangan teknologi digital yang mana terdapat operasi sistem ini yang dikawal dengan komputer.
Kebaikan Hidroponik
Hidroponik mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan bertani secara konvensional.
Kelebihan utama
*kawalan sepenuhnya keatas tanaman.
*Tumbuhan di tanam dengan kepadatan tinggi dengan kadar baja yang lebih kecil kerana baja tidak di larut resap kedalam tanah.
*Tanaman lebih cepat matang, tanpa kerosakan akibat gangguan cuaca, penggunaan racun makhluk perosak yang minima pasti mengurangkan kos pengeluaran.
*Daya pengeluaran amat tinggi berbanding dengan cara kovensional. Sebagai contoh tomato yang ditanam atas tanah mengeluarkan hasil 5 hingga 10 tan seekar setahun berbanding 200 tan jika diusahakan secara hidroponik.
Tanaman Yang Sesuai
Sayur-sayuran -
- salad
- sawi
- kobis
- tomato
- cili
- timun
- kacang
Bunga -
- ros
- orkid
- marigold
Foliage -
- palms
- paku
- ficus
- house plants
Herba -
- basil
- chives
- mint
- parsley
- sage
- thyme
Buah -
- pisang
- tembikai
Keperluan Untuk Pertumbuhan
*Perlukan suhu yang sesuai, cahaya matahari yang panjang antara 8 hingga 10 jam bagi proses fotosintisis. Cahaya tiruan boleh digunakan tapi memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
*Kualiti air yang baik diperlukan bagi melarutkan garam mineral ( baja) untuk pembesaran pokok. Air hujan yang diambil pada pertengahan hujan boleh digunakan. Air paip perlu disimpan sekurang-kurangnya satu hari sebelum digunakan bagi mengelakkan kandungan klorin dan lain-lain unsur yang tinggi.
*Serangga perosak dan penyakit perlu dikawal untuk pertumbuhan tanaman yang sempurna.Penggunaan jaring atau kelambu dapat mengelak serangan serangga serta tidak perlu menggunakan racun makhluk perosak. Jika menggunakan racun serangga pastikan pemetikan hasil dibuat selepas seminggu dari semburan.
*Jika bekas hidroponik diletakkan ditempat terbuka, larutkan bersama abate (racun jentik-jentik) mengikut kadar yang dibenarkan bagi mengelakan pembiakkan nyamuk. Adalah menjadi kesalahan mengikut undang-undang sekiranya anda membiarkan nyamuk addes membiak.
*Tanaman secara hidroponik perlu diberi sokongan untuk tumbuh tegak. Tanaman sayuran daun yang kecil dapat tegak terus dari medium tanaman. Bagaimanapun tanaman yang lebih besar seperti tomato, cili, terung dan lain-lain perlu diberi sokongan untuk tumbuh tegak.
HIDROPONIK MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA !
Hidroponik merupakan satu aktiviti yang boleh menenangkan jiwa menurut pakar jiwa. Aktiviti ini juga telah dijalankan dipusat-pusat perawatan jiwa. Disamping sebagai satu aktiviti yang boleh dijalankan secara hobi sebagai permulaan, pengalaman ini amat beharga sebagai asas untuk dimajukan secara komersial
Di bandaraya dan bandar pengembangan aktiviti hortikultur secara hidroponik amat sesuai kerana terbatasnya kawasan atau halaman., Suri rumah tangga yang tinggal didesa juga boleh memilih hidroponik sebagai kegiatan berfaedah mengisi masa lapang Hasilnya yang tinggi dan tidak perlu tenaga yang kuat, cuma tanam,tunggu dan tuai, Sudah pasti dapat menjimatkan perbelanjaan dapur disamping dapat menggunakan sayur segar yang berkhasiat..
Adalah diharapkan semua halaman rumah di kota dan desa dihiasi dengan kebun sayur secara hidroponik. Aktiviti ini dapat menambah pengetahuan, juga merapatkan hubungan antara ahli keluarga, sebabnya ia boleh melibatkan seluruh ahli keluarga. Antara kerjasama yang boleh dilaksanakan ialah anak yang menyediakan media tanam, ibu menyemai benih dan bapa yang membeli benih di kedai pertanian.
HIDROPONIK MENJADIKAN PERTANIAN SATU BISNES YANG MENGUNTUNGKAN !
Konstrin kawasan pertanian akibat persaingan dengan projek perumahan dan indusrti menyebabkan kos harga tanah semakin meningkat. Ditambah dengan penigkatan kos buruh dan isu buruh asing menyebabkan industri tani mejadi “sun set ” industri. Akibatnya perbelanjaan impot sayuran akan meningkat
Walaupun Negara memiliki kawasan pertanian yang luas, namun masalah tenaga buruh, persaingan dengan sayuran impot, sistem pemasaran yang telah dikawal dengan dominen oleh orang tengah serta tindak balas pengeluaran dengan pasaran yang terbatas, teknologi pertanian yang mampu menghasilkan tanaman yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi di kawasan pertanian yang kecil adalah amat diperlukan.
Teknologi HIDROPONIK tidak menggunakan tanah sebagai media tanaman .Sebaliknya di ganti dengan air, atau bahan-bahan lain yang bersifat porous sebagai media tanaman dengan penghasilan yang berganda pasti sesuai untuk mengatasi masalah berbangkit. Namun teknologi HIDROPONIK dapat digunakan dalam skala besar (industri tani) dan skala kecil (hobi). Manakala penggunaan teknologi dalam skala besar memerlukan skil dan penguasaan teknologi yang baik.
No comments:
Post a Comment