Tuesday, March 22, 2011

BERBLOG DENGAN NUFFNANG



Salam satu malaysia....

Apa itu Nuffnang? semua orang bercakap tentang Nuffnang, Nuffnang dah memang glamour di kalangan bloggers.

Baca info pasal Nuffnang ni, terasa macam seronok join tau. Boleh buat duit sambil kita berblogging. Betul tak?

Nuffnang adalah sebuah program buat duit seperti program yang lain iaitu berlandaskan kepada konsep Pay Per Click atau pengiklanan seperti Google Adsense, Bidvertiser dan beberapa program PPC yang lain dengan kata lain menggunakan konsep Pay Per Click di mana kita akan dibayar setiap klik iklan yang terhasil pada blog kita.Nuffnang kini mempunyai cawangan pejabat dalam 4 buah negara; Singapura, Malaysia, Filipina dan Australia. Pasukan-pasukan di setiap pejabat giat berusaha menghubungkan jenama-jenama produk kepada para blogger.


Terdapat 3 jenis pengiklanan yang disediakan oleh Nuffnang iaitu Campaign(CPC),Buffered Earnings dan Advertorials.Saya ambil dan kongsikan disini:-

CPC (Cost per click)
Earning anda adalah berdasarkan click visitor anda kepada iklan anda… Iklan nie selalu ade pukul 12 tengah malam dan 12 tenga hari… Pukul 4-6 petang pon ade jugak…


Buffered Earnings (BE/CPM)
Earning anda bergantung kepada jumlah unique visitor yang maintain 100+/200+ sehari. Iklan yang dikeluarkan adalah bergantung kepada Pengiklan/Advertiser. Sekiranya Pengiklan /Advertiser tertarik dengan blog anda, pihak mereka akan berurusan dengan pihak Nuffnang untuk menyewa tapak di blog anda dengan mengikut bilangan unique visitor anda. Earning nih akan tamat selepas Pengiklan/Advertiser yang menyewa iklan di blog anda mecapai unique visitor yang dikehendaki mereka. Ianya juga dikenali sebagai Metered Earning (ME).

Advertorials (Ads)
Earning yang paling 'wanted' di dalam Nuffnang. Earning ini diberi kepada blog-blog tahap pro je, di mana unique visitornya setiap hari mencapai ribu-riban! Sekiranya ada Pengiklan/Advertiser yang tertarik dengan blog anda kerana unique visitor anda yang ribu-riban itu, mereka akan beriklan dengan anda. Kadangkala, secara senyap-senyap. Anda pun tak tahu bila anda perolehi Earning tersebut. Caranya ialah anda dikehendaki menulis post berkenaan produk terbaru mereka di dalam blog mereka. Bila mereka kesan blog anda, mereka dengan sukacitanya akan membayar anda dengan jumlah yang tinggi! Namun begitu, untuk memperolehi iklan ini, anda perlulah mempunyai unique visitor yang sangat tinggi dalam masa sehari…



Kalu dah ada BLOG.... Dah leh join Nuffnang.... Klik Sini

No comments:

Post a Comment