Friday, December 2, 2011

Warga malaysia ditembak dipekan Danok

KANGAR: Iskandar Abd. Hamid 52 tahun, rakyat Malaysia nyaris maut selepas beliau ditembak ketika sedang meletakkan mobilnya berhampiran dengan sebuah pusat karaoke dipekan Danok, Thailand. Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi Jumaat lalu itu dan mangsa berasal dari Perlis.Menurutnya, mangsa dihantar ke hospital kerajaan di Haytai oleh rakannya yang turut berada di tempat kejadian dan mangsa ditembak di bahagian bahu oleh suspek yang tidak dikenali. Mangsa tidak tahu sama ada suspek menaiki kenderaan atau tidak kerana kejadian itu berlaku terlalu pantas.“Walaupun kesakitan akibat dua peluru menembusi tubuh, saya menahannya dan berpura-pura mati supaya lelaki itu berhenti menembak saya,” kata Iskandar Abd Hamid, 52, yang nyaris maut selepas ditembak seorang lelaki tidak dikenali ketika memasuki keretanya di pekan Danok, Thailand, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, Iskandar cedera di rusuk kanan dan tangan kanan selepas dua daripada tiga das tembakan dilepaskan lelaki terbabit menembusi bahagian tubuhnya itu.

Selepas kejadian, Iskandar memandu keretanya ke balai polis berhampiran, namun pengsan di dalam kereta 10 meter dari tempat kejadian.

Iskandar dari Kuala Perlis, ketika ditemui berkata, kejadian menyebabkan dia trauma ke negara jiran yang selalu dikunjunginya sebelum ini.

Kejadian itu turut menyebabkan Iskandar menjalani dua pembedahan di Hospital Nagarind, Hat Yai bagi membuang dua peluru berkenaan.

No comments:

Post a Comment