Thursday, December 1, 2011

TOKOH-TOKOH KESARJANAAN SAINS ISLAM 2

FALSAFAH ISLAM

Banyak falsafah yang wujud dalam masyarakat Islam bersumberkan falsafah Yunani namun ia
tidak boleh disebut sebagai falsafah Yunani. Bukan semua yang diperolehi berasal dari Yunani.
Juga tidak boleh disebut falsafah Arab walaupun ditulis dalam bahasa Arab kerana majoriti tokoh
itu adalah bukan orang Arab contohnya dari Parsi atau Turki. Falsafah-falsafah itu juga tidak
boleh dinamakan falsafah Islam kerana terdapat juga orang Kristian dan Yahudi yang
menyumbangkan idea mereka. Akhirnya, falsafah ini tetap dinamakan falsafah Islam apabila ia
secara hakikatnya meneliti tentang konsep ketuhanan dan kewujudan alam ciptaan Allah.
PENGARUH-PENGARUH FALSAFAH TIMUR DAN BARAT DALAM MASYARAKAT ISLAM
Sebelum tamadun Greek bermula, sudah wujud kemajuan dalam pemikiran contohnya: Mesirpembinaan
piramid, pengawetan mayat dan sistem pengairan. Iraq-sistem cerapan bintang.
China & India-pembinaan dengan nilai saintifik yang tinggi.
Ini menunjukkan terdapatnya kemajuan dari segi pemikiran saintifik di Timur waktu itu. Fakta juga
mengatakan bahawa Thales dan Phytagoras, ahli falsafah Yunani sendiri belajar ilmu geometri
dan falak di Mesir dan Iraq. Golongan paderi yang tidak menguasai agama dengan baik
memusnahkan ilmu. Berbeza di Yunani, orang Greek bebas menyebarkan ilmu pengetahuan.
Falsafah Greek ialah falsafah yang muncul dan berkembang di Greek dan berkenaan dua unsur,
luaran dan dalaman. Unsur luar ialah interaksi orang Greek dengan tamadun Timur yang
umumnya berlaku melalui kegiatan perniagaan dan lawatan untuk mencari ilmu. Mereka bawa
pulang ilmu perubatan, geometri, pertanian, falak dan huruf ejaan serta alatulis. Semua inilah
yang meluaskan ilmu di kalangan mereka. Faktor dalaman pula ialah persekitaran di Greek
sendiri pada waktu itu. Greek mencapai kejayaan yang tinggi dalam politik dan juga tanah
jajahannya. Falasafah tersebut berpindah dari Barat ke Timur dan ini ialah antara faktornya-
1.pembukaan Iskandariah, Mesir yang menjadi bandar mewah dan bandar ilmu.
2.Penindasan Constantive1 yang menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan mencapai
puncaknya apabila Justinian1 menutup sekolah falsafah di Athens(529m).
Falsafah Greek mula berkembang di Timur terutama Iskandariah, Mesir dan Intakiyah, Syria.
Pertikaian berlaku dalam Kistian samada Isa dan Maryam itu Tuhan atau manusia. Ada juga
berpendapat Isa adalah manusia biasa dan ada juga yang menganggap Isa ialah jelmaan Tuhan
dalam bentuk manusia. Tahun 174 M, Sawiras mempertikaikan Taurat dan Injil telah dipinda. Isa
dianggap belum mati dan menolak kebangkitan semula.
Penghujung abad kedua Masihi, muncul pemikiran “triniti”, berasakan konsep tiga uqnum dalam
satu bilangan. Dalam Kristian juga ada asas2 ilmu dan pemikiran Arab jahiliah di samping
falsafah Timur dan Barat.
Kemahiran utama masyarakat Arab jahiliah bukan hanya dalam sastera malah ilmu kaji bintang
dan cuaca yang diperolehi secara tidak formal. Mereka tidak berbakat dalam falsafah namun
tidaklah terpinggir daripada pembangunan, mereka juga mendapat sedikit sebanyak ilmu yang
masyhur ketika itu seperti matematik. Mereka ada doktor yang mahir dan cukup yang belajar di
Parsi dan Rom. Antaranya ialah al-Harith Ibn Kaladah al-Thaqafi dan anaknya, al-Nadhr Ibn al-
Harith.

KEBANGKITAN ILMU DALAM MASYARAKAT ISLAM

Islam ialah agama yang menekan aspek nilai2 murni dan hidup dan ia bukanlah agama baru.
Walaupun berlandaskan Wahyu, ia memberi penekanan terhadap akal dan ilmu seperti yang
ditunjukkan dalam al-Qur’an. Nabi Muhammad tidak diutuskan untuk menyampaikan ilmu seperti
perubatan tetapi menjelaskan syari’at yang membolehkan orang ramai mendapat ilmu dari
pelbagai sudut. Sehingga 631M, hampir semua bangsa Arab memeluk Islam. Boleh dikatakan
semua bangsa Arab telah memeluk Islam sewaktu kewafatan Rasulullah.
Tokoh ilmu dan pemikir yang berwibawa dalam ilmu syari’at dan bahasa & kesusasteraan lahir di
kalangan pengikut ulung baginda. Bahasa Arab digunakan dalam pentadbiran awam di kawasan
di bawah pemerintahan Islam. Matawang juga dicetak dalam bahasa Arab. Penulisan menjadi
cara pengantaraan.
Penulis awal dalam bidang sastera termasuklah Suhar Ibn al-Abbas al-Abdi (zaman pemerintahn
Mu’awiyah). Buku beliau berjudul Al-Amthal yang bermaksud “bidalan”. Antara penulis lain ialah
Ziyad Ibn Abih (673M), menulis tentang keaiban orang2 Arab, Alaqah Ibn Karim al-Kilabi (zaman
Yazid Ibn Mu’awiyah), bukunya juga berjudul Al-Amthal.
Penulis lain, Ubaid Ibn Syiryah, tulis buku sejarah, Kitab al-Muluk wa Akhbar al-Madhin. Ilmu
tatabahasa Arab ditulis oleh Abu al-Aswad ad-Du’ali. Ilmu syari’at, Urwah Ibn al-Zubair dan
Sulaiman Ibn Qais al-Hilali yang menulis kitab fiqh dalam mazhab Syi’ah.
Antara tokoh2 lain ialah Ikrimah (tafsir al-Qur’an), Makhlul al-Syami (kitab al-Sunan Fi al-Fiqh dan
Kitab al-Masa’il fi al-fiqh), Abdullah Ibn Amir al-Yahsubi (buku Maqtu’ al-Qur’an wa Mausuluh dan
Kitab Ikhtilaf Masahif al-Syam wa al-Hijaz wa al-Iraq).
Khalifah Umar Ibn Abd Aziz mencadangkan Muhammad Ibn Syahab al-Zuhri mengumpulkn
hadith2 Rasulullah. Pembangunan yang paling penting pada zaman pemerintahan Umawi ialah
ilmu kalam yang mengandungi perbincangan berasaskan logik akal yang asasnya ialah konsep
tauhid.
Pandangan pemikir2 Islam mengenai sebab2 ilmu lahir sebagai suatu disiplin secara teratur:-
1. Perasaan ingin berfikir,sentiasa mencari jawapan bagi sesuatu perkara.
2. Sikap tegas terhadap prinsip, iman asas agama dan tidak ternoda oleh amalan buruk.
3. Pemikiran politik.
4. Memperkenalkan Islam kepada oarang2 bukan Arab dengan cara yang lebih mendalam.

KESARJANAAN UMAT ISLAM
Ciri-ciri keagungan yang dicapai umat Islam sewaktu zaman kegemilangan Islam ialah kemajuan
ilmu pengetahuan. Daripada Islam sendiri ialah ilmu tauhid, fiqh dan tasawuf. Daripada tamadun
Arab, ilmu bahasa. Daripada tamadun manusia sejagat, falsafah, sains, hisab, perubatan.
Masyarakat Islam juga melahirkan tokoh2 seperti al-Khawarizmi, al-Kindi, al-Farabi, al-Bairuni
dan sebagiamya. Umat Islam mendapati manfaat perlu diambil daripada bangsa2 lain yang telah
maju ketika itu dan mereka memerlukan ilmu tersebut contohnya ibadat solat dan puasa perlukan
kemahiran dalam pengiraan bagi menentukan arah dan masa. Umat Islam mencapai kejayaan
disebabkan sikap positif yang menganggap ilmu perlu diburu. Malah al-Qur’an turut menggesa
manusia meningkatkan penerokaan dala ilmu pengetahuan.
PEMINDAHAN ILMU ASING KE DALAM MASYARAKAT ISLAM
Khalid bin Yazid pernah belajar kimia secara mendalam daripada Maryanus, paderi daripada
Iskandariah. Segala buku kimia diterjemahkan ke bahasa Arab termasuklah buku perubatan. Abu
Ja’far Al-Mansur menggiatkan lagi kerja2 itu ditambah dengan usaha beliau sendiri. Penterjemah
lain ialah Abdullah Ibn al-Muqaffa’ yang menterjemah buku bahasa Parsi ke bahasa Arab.
Sebahagian buku2 dari Yunani dan Rom. Perpustakaan bernama “Dar al-Hikmah” turut dibina.
Sesiapa yang ingin boleh menyalurkan sumbangan wang kepada sesiapa yang ingin menjadi
penterjemah sepenuh masa. Keutamaan penulisan bercorak amali lebih diberi perhatian oleh
ulama’2 Islam dan dalam bidang matematik, falak dan perubatan. Teori ditumpukan apabila
bidang2 amali sudah betul2 maju. Bagi mengelakkan kegagalan, mereka memilih untuk
mengupah orang luar bagi menterjemah segala bahan itu. Orang2 yang membantu itu ialah
keluarga Masajoyah, Bakhtaisyo, Mesue.

No comments:

Post a Comment