PENDAHULUAN
Falsafah berasal daripada perkataan Yunani iaitu “philosofia”. “philo” bererti mencintai manakala
“sofia” membawa maksud ilmu atau kebijaksanaan. Cendekiawan lebih senang digelar pencinta
kebjaksanaan atau disebut “philosofos”. Dari situlah terbentuk istilah “philosofi”.
ASAS-ASAS PERTUMBUHAN FALSAFAH
Mengikut kepercayaan umum, ada dua sebab wujudnya falsafah-sifat ingin tahu dan ketakutan
terhadap mati. Sifat ingin tahu mendorong manusia mengkaji alam sekeliling manakala ketakutan
terhadap mati menyebabkan manusia berusaha mengetahui tentang nasib sesudah mereka mati
dan kuasa-kuasa yang menentukannya. Kesimpulannya, falsafah wujud demi mencari kebenaran.
FALSAFAH-FALSAFAH TIMUR DAN BARAT
Falsafah di Timur tidak wujud dalam erti sebenarnya kerana di Timur, aspek agama lebih
dititikberatkan. Orang Timur juga lebih berminat dalam kajian saintifik seperti ilmu falak,
perubatan dan matematik. Di Barat pula, bidang falsafah yang lebih digemari.
SEJARAH PEMIKIRAN BANGSA ARAB
Secara ringkas, bangsa Arab telah melalui empat peringkat pemikiran:-
1. Pemikiran peringkat permulaan
Dapat dilihat sejak zaman jahiliah hingga pertengahan zaman pemerintahan Umawi.
Digambarkan melalui kata-kata hikmat, syair-syair, bidalan, pesanan dan nasihat. Berikut ialah
antara penyumbang besar pada peringkat ini-Amir Ibn al-Zarib, Tarafah Ibn al-Zarib, Tarafah Ibn
al-Abd, Zuhair Ibn Abi Salma, al-Ahnaf Ibn Qais, al-Imam Ali, Imran Ibn Hittan dan al-Tirimah Ibn
Hakim.
2. Peringkat pertautan antara fikiran dan emosi
Berkembang pada suku kedua pemerintahan Umawi. Pada peringkat ini lahirnya mazhabmazhab
dalam ilmu kalam seperti Murji’ah, Mu’tazilah, Syi’ah, Khawarij. Ciri2 peringkat ini ialah
penggunaan logik semulajadi berasaskan persoalan dan perbandingan.
3. Peringkat pertautan antara pemikiran Islam dengan warisan asing
Meledak setelah berlakunya penterjemahan sumber2 Yunani, India dan Parsi. Masyarakat Islam
pelbagai bangsa mendalami ilmu metafizik walaupun ilmu mereka dalam bidang saintifik telah
hampir ke tahap maksimum. Peringkat ini ambil masa tiga abad
4. Peringkat memuncak pemikiran berasaskan akal dan nilai-nilai sosial
Lahir tokoh2 besar sarjana Islam di Barat- Ibn Hazm (meninggal dunia pada 456H/819M), diakhiri
Ibn Khaldun yang meninggal dunia pada 808H/1406M.
Hello world!
10 months ago
No comments:
Post a Comment