Thursday, December 1, 2011

TOKOH-TOKOH KESARJANAAN SAINS ISLAM 3

TOKOH-TOKOH TERNAMA

AL-HARTH IBN KALADAH (634M)
AHLI PERUBATAN ISLAM PALING AWAL
Orang Islam terawal, berasal dari Taif. Beliau banyak merantau dan belajar ilmu perubatan di
Yaman dan lebih banyak belajar mengenai ubat-ubatan di Parsi. Juga berkebolehan dalam muzik.
Sempat bersahabat dengan Rasulullah dan 4 Khalifah selepas baginda. Saad Ibn Abi Waqas
yang jatuh sakit di Mekah sembuh setelah dirawat oleh Ibn Kaladah selepas dipanggil oleh
Rasulullah. Ibn Kaladah menyimpan baynak rekod dalam bidang perubatan dan penyakit2 serta
cara merawatnya. Catatan menarik berkenaan beliau ialah peristiwa beliau menemui Kisra Anu
Syirwan, Maharaja Sasan. Pelbagai soalan diajiakn oleh maharaja tersebut dan beliau
memberikan jawapan2 yang membuatkan maharaja itu tertarik seperti jangan makan terlalu
kenyang, jangan merjemur matahari dan perut ialah rumah penyakit.
AL-KHAWARIZMI (846M)
PENGASAS ILMU ALGEBRA
Berasal dari Khawarizm atau Khuway, selatan Tasik Aral, Turkistan. Juga dikenali sebagai
Abdullah itu kemudian berpindah ke Baghdad. Berkemahiran tinggi dalam bidang matematik,
falak, geografi dan sejarah memudahkannya menguasai ilmu2 India dan Greek sekaligus.
Beliaulah yang mula2 mengguanakn istilah algebra atau “al-jabr” dalam bahasa Arab.
Memperkenalkan sistem angka India kepada orang Arab dan Barat. Istilah matematik, “logaritma”
telah dicipta oleh orang Barat bagi mengenang jasa2 beliau. Antara buku beliau yang popular
ialah al-Ziq1&2, al-Rakhamah dan al-Tarikh. Yang paling popular ialah al-Jabr wa al-Muqabalah
ringkasan buku lain untuk memudahkan pedagang2 membacanya.
AL-KHINDI (866M)
BAPA FALSAFAH ISLAM
Banyak pihak tertarik untuk mendalami falsafah apabila falsafah Greek dibawa masuk ke dalam
masyarakat Islam, Al-Khindi ialah salah seorang daripadanya. Nama penuh- Abu Yusuf Ya’aqub
bin Ishak bin al-Sabah al-Kindi, keturunan raja2 Ghasasinah dan lahir di Basrah. Bapanya ialah
pegawai kerajaan Abbasiyah. Beliau gigih menuntut ilmu ketika di Baghdad tetapi hanya terkenal
pada zaman Khalifah al-Makmun. Menjadi guru kepada anak khalifah pada zaman pemerintahan
al-Mu’tasin iaitu Ahmad. Beliau seorang ahli falsafah Islam yang agung. Pengetahuan yang luas

dalam ilmu dan pemikiran Greek dan hampir mahir dalam semua cabang yang ada. Jumlah
karyanya adalah dianggarkan lebih daripada 270 buah, mencakupi bidang metafizik, matematik,
logik, falak, geografi, muzik, geometri, perubatan dan ilmu2 lain. Semua iu terkumpul hingga
sekarang. Sangat teliti dalam penggunaan istilah dan menjadikan matematik sebagai asas. Minat
yang tinggi dan hasil penyelidikan yang luas dalam sains tetapi masih berminat mantafsirkan
alam berlandaskan agama. Gemar bertolak ansur dan tidak angkuh dalam hal2 ilmu. Pandangan
beliau tentang falsafah ialah matematik perlukan pengendalian.
AL-BATTANI (929M)
PAKAR ILMU FALAK
Abdullah Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan al-harrani al-Raqi @ al-Battani. Ilmu falak menjadi ilmu
yang sangat diminati pada zaman kebangkitan Islam. Ilmu ini memperkatakan tentang
pergerakan bintang dan kaitannya dengan bumi. Pakar2 falak pada zaman Abbasiyah dilantik
sebagai pegawai2 yang bertanggungjawab dalam menasuhati hal2 astronomi. Pencapaian
sangat besar, ilmu2 terkumpul dari pelbagai negara. Sumbanganal-Battani yang dapat dilihat
dala ilmu geometri, fizik, kira2, dan kaji bintang. Membetulkan kesilapan Batlaimus dari Yunani
dalam bukunya, al-Mijisti. Mukadimahnya ialah kebaikan ilmu falak. Kajian dijalankan di balai
cerap bintang di Rakqah. Ada juga dijelaskan hubungan ilmu falak denagn ilmu nujum,
pergerakan cakerawala dan kesan2nya terhadap kejadian di bumi. Ilmu nujum disimpulkan
sebagai karut semata2.
AL-SARKASHI (889M)
PEWARIS KETOKOHAN AL-KINDI
Ahli keluarga dan anak murid al-Kindi. Nama penuh- Abu al-Abbas Ahmad Ibn Muhammmad Ibn
Marwan atau lebih dikenali sebagai Ahmad Ibn al-Taiyib al-Sarkashi. Lahir di Sarkhs, sempadan
Iran-Rusia. Masyhur dalam perubatan, ilmu warisan masyarakat Arab dan tamadun kuno. Juga
ahli bahasa yang baik dan sesekali meriwayatkan hadith termasuklah Hadith ‘Amru Ibn
Muhammad Ibn al-Qasir dan Hadith Ahmad Ibn al-Harth.menjadi Hakim Negara pada zaman
pemerintahan al-Mu’tadhid dan sangat rapat dengan pemerintah itu dan menjadi guru dan
penasihat. Kelemahan merahsiakan hal2 kerajaan menyebabkan di mati dibunuh al-Mu’tadhid
selepas dipenjara 3 tahun. Beliau menulis buku2 mengenai perubatan, masakan dan hal2 fizikal
termasuk metafizik.
ABU BAKR AL-RAZI (924M)
TOKOH ILMU PERUBATAN
Masyarakat Islam menguasai kepakaran bidang perubatan dan juga mendalami teknik perubatan
Kaldan, Parsi, India malah Arab Jahiliah. Kajian2 lanjut mengenai perubatan dikenali sebagai perubatan Islam. Abu Bakr al-Razi mendapat gelaran Gale(pakar bedah Yunan). Dilahirkan di
bandar al-Rai, utara Teheran (864M). Mula pelajari perubatan setelah berusia 30 tahun. Guru
pertama ialah a-Bakhi, pengembara yang ada ketikohan bidang falsafah. Guru kedua, Abu al-
Hassan Ali Ibn Raban al-Tabari, tokoh perubatan dari Tabristan. Kepakaran al-Razi menjadikan
beliau pengarah hospital umum al-Rai buat seketika. Kemudian, menjadi pengarah hospital
‘Adhudi, Baghdad. Menetap di sana sehingga meniggal dunia pada 924M. Juga ada karya dalam
logik, ketuhanan, psikologo, bedah mata dan sebagainya. Antara buku beliau ialah al-Hawi dan
al-Mansuri. Turut menulis buku tentang etika doktor dan penjagaan kesihatan. Digolongkan
dalam ahli perubatan kelas pertama. Orang pertama menggunakan bahan kimia sebagai ubat.
Menggunakan kaedah psikologi dan rawatan dalam merawat pesakit. Ada pandangan sendiri
dalam bidang kimia, sains dan ketuhanan.

AL-FARABI (950M)
TOKOH FALSAFAH
Orang Islam mula kenal falsafah dengan buku2 daripada Yunani dan Greek. Apa yang boleh
dilihat pada sarjana Islam ialah mereka belajar banyak bidang ilmu dalam satu masa. Al-Farabi
atau nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibn Muhammad Ibn Tarkhan Ibn Ulzagh al-Farabi
lahir di Wilayah Wasij berhampiran Parab di Turkipada tahun (874M). Anak seorang tentera yang
miskin. Di Baghdad, mempelajari bahasa Arab dengan ‘Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy Ibn
Sahl @ Ibn al-Siraj (929M). Apabila Baghdad menghadapi pergolakan politik, beliau berpindah ke
Damsyik kemudian ke Halab. Beliau bekerja dengan gaji 4 dirham sehari sedangkan penyair al-
Mutanabbi menerima 1000 dinar bagi setiap karyanya. Al-Farabi lahir miskin dan terus miskin
hingga akhir hayat, tidak pernah bekerja secara serius. Beliau juga terkenal dengan kemahiran
dalam banyak bahasa, cabang ilmu dan muzik. Merupakan pencipta gambus. Pengetahuannya
juga luas dalam perubatan. Ahli falsafah yang agung dan boleh digelar guru kedua selepas
Aristotle. Antara buku karya al-Farabi ialah Risalah fi al-‘Aql-tentang akal manusia, Ihsa’ al-‘Ulumilmu2
zaman Yunani dan al-Madhinah al-Fadhilah-falsafah politik. Antara pandangannya pula
ialah jantung lebih penting daripada otak, pertarungan ialah sifat semulajadi manusia yang
menjurus kepada keadilan. Politik pula, seorang ketua perlu dipilih, dan andainya tiada, seorang
wakil sementara perlu dilantik.

IKHWAN AL-SAFA (AWAL ABAD KE-4 H)
KESARJANAAN BERKUMPULAN
Kebangkitan ilmu bukan sahaja secara individu malah berkumpulan. Kumpulan Ikhwan al-Safa
terbentuk di Basrah. Namanya diambil daripada buku Kalilah dan Dimnah, menggambarkan
persaudaraan murni , seolah-olah keluarga. Kumpulan yang objektif rasminya ini dirahsiakan
ialah sebuah kumpulan rahsia. Namun objektif mereka secara umumnya untuk kebaikan agama

dan dunia selari dengan aliran falsfah seperti Pythagoras. Mereka mengambil kira semua aliran
termasuk matematik, sains dan ketuhanan. Tidak mustahil kumpulan sulit seperti mereka
bermatlamatkan penyelesaian politik tetapi tidak pula kelihatan sebegitu. Lebih logik jika
dikatakan kumpulan ini berpendapat bahawa pertentangan sosioekonomi adalah disebabkan
mazhab, keturunan dan agama. Mereka merumuskan bahawa ibadat kepada Allah tidak perlu
tetapi perli untuk mementingkan agama dan dunia. Kumpulan ini sebenarnya mahukan hidup
dalm sebuah kerajaan yang harmoni dengan persaudaraan. Mereka meniggalkan risalah2
berkenaan perkembangan pemikiran Islam, hasil penulisan falsafah paling lengkap, hasil usaha
paling ulung memperkenalkan falsafah kepada umum.

No comments:

Post a Comment