Thursday, December 1, 2011

TOKOH-TOKOH KESARJANAAN SAINS ISLAM 6

PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN

PENDAHULUAN
Kesan sejarah tamadun manusia menunjukan bahawa sains bermula serentak dengan kegiatan
berfikir manusia dalam menghadapi cabaran hidup. Oleh yang demikian, sejarah sains
merupakan sejarah pemikiran manusia itu sendiri dan pelaksanaannya dalam hidup persekitaran
hidup mereka.
Apabila manusia menggunakan batu untuk mendapatkan api dan kemudiannya menyalakan api
itu dengan menggunakan ranting-ranting kayu sebagai bahan bakar, mereka sebenarnya secara
semula jadi telah menggunakan ilmu mekanik.sehingga lebih kurang 5000 tahun S.M., manusia
mampu membuatkan almari dan menegakkan batu-batu besar di sekeliling tempat kediaman
mereka.Mereka juga pandai melukis pelbagai hasil seni di dinding gua tempat mereka berteduh.

Bagi memudahkan penjelasan, ilmu-ilmu ini lebih wajar dilihat lebih teliti sebagaimana yang
berikut.
MATEMATIK
PENDAHULUAN
HISAB
Konsep matematik dalam Islam merupakan ilmu yang berhubung dengan kepercayaan
mengesakan Allah S.W.T. Perkataan “Ahda” atau “ahad” dalam firman Allah merupakan suatu
simbol Ilmu Hisab (Abdul Rahman Nawas, et.al,1995: 186). Sarjana-sarjana Islam telah memberi
sumbangan yang amat besar dan bermakna di dalam bidang perkembangan ilmu matematik.
Mereka banyak mencipta perkara-perkara baru yang menjadi ilmu matematik lebih mudah
dipelajari. Salah satu sumbangan paling besar sarjana Islam di dalam bidang ini ialah
memperkenalkan sistem angka baru, termasuklah angka sifar.
Dalam Islam, angka pertama ialah satu (1), bukannya angka kosong atau sifar seperti yang
dianuti oleh ahli fikir Barat. Wujudnya satu sebagai angka awal dikaitkan dengan kewujudan
Allah.6 Manakala pendapat angka kosong sebagai terawal adalah pendapat sekular Barat yang
menafikan kewujudan Tuhan sebelum wujudnya alam. Sistem angka mula diperkenalkan ke Arab
oleh sarjana India bernama Sinhid. Sistem nombor ini telah memainkan peranan yang begitu
besar dalam bidang matematik. Tanpa sistem nombor dan angka adalah amat sukar bagi
manusia untuk menentukan kuantiti yang difikirkan atau yang diperlukan untuk penjumlahan.
Dalam al-Quran banyak ayat-ayat yang menyebut tentang bilangan angka seperti dalam surah al-
Nisa’ ayat-ayat 10, 11 dan 12 membicarakan tentang pusaka. Ayat-ayat ini menyebut
tentang ”nisf” (1/2), ”rubu’” (1/4), ”thuluth” (1/3), ”sudus” (1/6) dan ”thumun” (1/8)
Al-Khawarizmi mempunyai kepintaran mengubahsuai, mereka-bentuk dan memperkenalkan
beberapa simbol yang sistematik terutamanya angka sifar. Jadual al-Khawarizmi dan “Habasy al-
Habib” turut membantu mempercepatkan sistem angka India ini terkenal di dunia. Mulai awal
abad ke 5H/11M didapati penggunaan sistem angka baru secara meluas dalam penulisan
sarjana-sarjana Islam. Karya beliau dalam bidang matematik yang terkenal ialah “al-Kitab al-
Mukhtasar fi Hisab al-Jabr waal-Muqabalah” telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan digunakan
hingga abad ke 10H/16M, dan jadikan teks asas yang digunakan di Universiti-Universiti di Barat.
Aljabar merupakan nadi ilmu hisab, dunia mengenal sistem nombor yang ada sekarang menerusi
buku karya al- Khawarizmi yang diterjemahkan ke dalam bahsa Latin pada tahun 1120 bertajuk
De Numero Indorum.

Persaudaraan Pythagoras yang banyak berjasa dalam mengembang dan memajukan ilmu sains
khususnya sains matematik, merupakan sebuah pertubuhan kerohania, akademik dan saintefik
dengan kecenderungan yang kuat terhadap falsafah.
Tokoh matematik seperti Fibonci, Master Jacob dan Leonardo telah terpengaruh dan menceduk
teori matematik al-Khawarizmi dalam kajian mereka. Beliau telah merekabentuk satu kaedah am
untuk mencari punca nyata kepada sebarang persamaan. Kaedahnya hisab al-khatayan telah
diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Gerard of Cremona seterusnya di terjemah ke Bahasa
Inggeris. Angka juga dikenali sebagai “algorismus dan ‘logaritma” sempena nama al-Khawarizmi.
ALGEBRA
Orang2 pada zaman lampau tidak mengenali angka atau lambang algebra. Walau bagaimanapun,
mereka di katakana mengetahui berapa cara menyelesaikan masalah yang belum terbentuk
sebagai kaedah yang jelas. Antara yang di sebut termasuklah (A+B)²=A²+2AB+B²
Orang-orang Mesir juga mengetahui kira-kira seperti ini.
Contoh
X²+Y² : 100
Hasilnya y = 3/4x
-: x=8, y=6
Kiraan inilah kemudiannya menjadi asas sejarah bagi teori Pythagoras, iaitu:
A²=B²+C²
Maklumat-maklumat tentang algebra pada kalangan bangsa Mesir boleh didapati daripada
tulisan-tulisan ahmasu pada daun bardi. Menjadi asas pada pengembangan kaedah-kaedah
algebra di India, dunia arab dan kemudiannya di Eropah pada zaman baru sekarang. Algebra ini
tidak pula muncul sebagai suatu ilmu yang tertusun kecuali sesudah ia di terima oleh orangorang
Arab. Pengasas ilmu algebra ialah Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi. Al- Gabr- wa al-
Muqabalah telah menghuraikan tengtang ilmu tersebut sebagai satu cara menyelesaikan
masalah yang di dalamnya terdapat bilangan yang tidak diketahui. Sementara al-Muqabalah
pula ialah penyatuan sebutan-sebutan tersebut, misalnya dalam persamaan yang berikut: X² - X
= 3X + 5
Oleh itu ,”algebra”nya ialah : X² =3X + X + 5, sementara :
“al-Muqabah” pula : X² =4X + 5
Oleh sebab itulah nama algebra di katakan berasal daripada perkataan Arab. Sebutan inilah
kemudiannya di pindahkan dalam bahasa Inggeris, German dan Perancis. Keulungan al-
Khawarizmi di sebabkan beliau mencipta persamaan menyeluruh asas kepada pesamaan
kuadratik.

Contohnya ialah: X² + 21 + 10X. Keulungan beliau ketara kerana selama lebih kurang tiga kurung
selepas beliau meninggalkan dunia. Algebra tidak banyak berubah daripada apa yang di asaskan
beliau.
Abu Kamil Syuja’ ibn Aslam yang hidup sezaman dengan al-Khawarizmi, telah menulis buku
Kamal al-jabr wa Tamamuha wa al-Ziyadatul fi Usulihi. Dalam buku tersebut juga,beliau
menghuraikan beberapa pekara yang agak rumit dalam buku al-Khawarizmi. Kemudian muncul
pula seorang tokoh bernama Abu al-Wafa al-Buzjani (m. 388 H/998 M). Beliau telah mengulas
buku Diophante (325 H-409 M) tentang ilmu hisab dan buku al-jabr wa al-Waqabalah oleh al-
Khawarizmi secara berasingan dan juga telah menyatukan aliran India dengan aliran Yunani. Al-
Karkhi (m. 420 H) pula lebih berminat kepada punca kuasa dua, sementara Umar al-Khayam
(m. 515 H/1121m) pula meskipun lebih terkenal sebagai penyair namun beliau juga turut
dianggap pakar dalam algebra. Huraian-huraian mereka inilah kemudiannya berpindah dari
Eropah dan menjadi asas kepada apa yang ada pada hari ini.

GEOMETRI
Geometri dianggap merupakan aspek tamadun manusia yang paling jelas. Pembinaan rumah
dan penyediaan tanah untuk bercucuk tanam memerlukan geometri. Di Iraq, kalangan
masyarakat Sumerian dan Babylon perhatian di tumpukan kepada hal-hal berkenaan dengan
‘garisan’ dan ‘sudut’. Sejak 2200 tahun sebelum Masihi merka telah mengenali ukuran panjang
dan ukuran segi tiga bersudut tegak.
Di Mesir, pada tahun 2950 sebelum Masihi arkitek Amhutab telah membina piramid Saqarah
yang bentuknya bertangga-tangga sehingga setinggi 60 meter. 2285 sebelum Masihi, piramid
besar Gizah pula di bangunkan. Kemahiran masyarakat Babylon dan Mesir dalam bidang
geometri kemudiannya telah di perlajari orang-orang Yunani. Thales (m. 545 S.M ) misalnya telah
mempelajari ilmu geometri ini di Mesir. Beliau begitu mahir dan sangat pakar sehingga
membolehkan beliau menentukan bangunang tinggi dari jarak jauh.kemahiran itu membolehkan
beliau untuk menghuraikan kaedah mengetahui sesuatu yang majhul dan menjadi asas
pembinaan ilmu trigonometri. Pythagoras (m. 503 S.M) dan para pengikutnya pula telah
mencapai satu kedudukan yang lebih tinggi dalam bidang berkenaan sehingga manpu
melahirkan aliran yang tersendiri.
Zno of Elea (m. 430 S.M) pula pernah memperkata tentang pergerakan dan kekeliruan
pancaindera berhubung dengannya. Antara tokoh Yunani termashur termasuklah Hippocrates (m.
377 S.M) memberi sumbangan yang berkesan tentang kudratik.Sementara Plato (m. 347 S.M)
dan Aristotle (m. 322 S.M) memperluaskan belbagai-bagai kaedah dalam bentuk teori yang
berasaskan logik. Antara tokoh termasyur yang lain termasuklah Euclide (abad ke-3 S.M) buku
beliau mengangdungi belbagai-bagai teori geometri. Archimedes (212 S.M) yang mengandungi
belbagai-bagai teori isipadu. Orang-orang Yunani boleh dikatakan telah mengusai semua aspek asas ilmu geometri dan tidak memberi ruang kepada sesiapapun. Oleh sebab itulah sumbangan
orong-orang islam dalam bidang geometri ini lebih bersifat menhidupkan semula ilmu yang
hampir pupus dan yang telah di lupakan sebelum itu.

TRIGONOMETRI
Satu cabang matematik tentang fungsi rajah segi tiga, nisbah antara garis dan sudut2 yang
terbentuk. Masyarakat silam menggunakan ilmu ini untuk tujuan pelayaran. Orang2 Mesir dan
Babylontahu banyak tentang kaedah trigo ini, namun teorinya telah lahir di Yunani bahkan orang
India juga banyak tahu tentang ilmu ini. Orang2 Islam beljar ilmu ini dari kedua2 sumber Yunani
dan India menjadikan ilmu tersebut ilmu khusus dan digelar ciptaan Islam. Orang Yunani
pulahanya menggunakan ilmu ini sebagai sampingan sahaja. Antara tokoh yang mahir dalamilmu
trigoini ialah Nasirudin al-Tusi(1272M) dan juga Abu Abdullah Muhammad Ibn Janir al-Battani
(929M).

ILMU FALAK
Menggunakan bulan dan bintang2 sebagai panduan perjalanan jauh. Oarang2 Mesir
menggunakan matahari untuk mengetahui musim tengkujuh dan kira2 1500 tahun sebelum
Masihi, mereka telah mahir menggunakan jam matahari. Orang2 Babylon pula menggunakan
ilmu falak untuk menyusun masa contohnya 60 saat seminit dan 4 minggu sebulan. Di China dan
India, mereka agak terlewat mempraktikkan ilmu ini. Dengan aspek matematik, orang Yunani
menjadikan ilmu falak lebih saintifik dan bukan tahyul. Orang Yunani merumuskan bahawa
terdapat sistem suria dan bumi berbentuk bulat. Al-Kindi membuat sumbnagn paling besar
dengan menolak ilmu nujum. Risalah2 Ikwan al-Safa menjelaskan bahawa setiap objek ada jisim
sendiri tetapi beratnya yang berubah mengikut tarikan graviti. Siang dan malam terjai disebabkan
bumi berputar mengelilingi matahari. Syamsuddin al-Rudani al-Fasi(1683M) mecipta jam model
baru yang boleh digunakan di mana2 sahaja

MUZIK
Muzik telah lama wujud dalam hidup manusia. Mereka mendendangkannya di kala suka atau
duka. Antara alat2 muzuik orang2 Mesir waktu itu ialah gambus, serunai dan gendang. Raja2
China berpendapat, lagu2 menambahkan kecergasan para pekerja dan semangat tentera.
Sekolah muzik ditubuhkan di Sparta dan antara tokoh bidang ini ialah Olympus, Pythagoras dan
Aristotle. Mereka menyedari bahawa mzik memberi kesan terhadap akhlak dan daya intelektual
manusia. Di kalangan orang Kristian, muzik diterima sebagai satu upacara ibadat.Antara orang
Islam paling awal dalam muzik ini ialah Ahmad Ibn Usamah al-Hamdani. Dianggap antara yang
bertanggungjawab menukar irama klasik Jahiliah kepada bentuk baru. Penyanyi dan penggubah
lagu paling masyhur pada zaman Amawi ialah Ibn Suraij. Orang paling awal menulis buku
tantang ilmu muzik di kalangan umat Islam ialah al-Kindi. Menurutnya, muzik berkait rapat
dengan matematik dan kesihatan. Selain itu, al-Farabi juga mahir dalam muzik dan menghasilkan
Kitab al-Musiqi al-Kabir yang menghuraikan alat2 muzik dan teori2 secara teliti. Irama terbentuk
daripada pelbagai nada yang disusun.

No comments:

Post a Comment